Maid Lari

Sebut saja pasal maid, dalam kepala mesti default setting ialah maid Indon. Rata-ratanya memilih maid dari Indonesia kerana senang hendak berkomunikasi berbanding dengan maid dari negara jiran yang lain seperti Philipine dan Thailand.

Jika dahulu, maid adalah di kalangan penduduk tempatan. Pada masa kini, mungkin disebabkan rakyat Malaysia kebanyakannya bekerja maka pembantu rumah diperlukan untuk menguruskan rumah yang tidak terurus.

Cerita yang saya cuba ceritakan mungkin pelik tapi benar. Ini kerana ia berlaku pada keluargaku dan aku sendiri. Ibu mertuaku mempunyai seorang maid yang panjang namanya tetapi kami pendekkan kepada “Siti”. Siti ni bukanlah maid yang pertama, tetapi dia adalah antara maid yang keberapa puluh tah (lost count).

Dipendekkan cerita “Siti” ni nak berhenti, so terpaksalah cari pengganti. Maka datanglah maid baru bernama “Sue” yang akan menggantikan “Siti”. “Siti” dan “Sue” tidak pernah bersua kerana “Siti” berada di Penang membantu Mak Mertuaku manakala “Sue” pula berada di KL bersama keluargaku dan ipar yang lain. Sepanjang “Sue” berada bersama kami, dia tidak ada masalah.

Pada ahad yang lepas keluarga belah isteri ada membuat Majlis Barbeque, pada waktu itulah maid-maid antara keluarga berjumpa dan bersembang sesama mereka. Entah apa yang mereka sembang, tidak la pula aku ambil tahu. Biarlah, mereka pun manusia biasa hendak berkawan.

Malam tadi, “Siti” telah pun menamatkan kariernya sebagai maid di rumah Mak Mertuaku. Dia dijemput oleh keluarga untuk pulang. Tiada masalah yang berlaku, sehingga pada pagi ini berlaku kecoh diawal pagi. Mak Mertuaku bising kerana maid “Sue” dah lari.

Kemudian barulah aku teringat sesuatu kerana pada malam tadi aku ada turun ke bawah untuk mengambil handset di tempat biasa aku letak. Tetapi hairannya tidak jumpa, miss place. Seingat aku memang aku letakkannya di tempatnya. Malas hendak fikir terlalu banyak aku ke dapur untuk minum air.

Hairan pintu dapur belakang terbuka sedikit, aku sangka ada maid yang di luar. Maid memang suka guna tandas luar, tapi hairannya toilet tidak ada orang. So aku rasa mungkin ada orang terlupa hendak tutup pintu. Aku tak periksa pula bilik maid, kang apa pula kata bini aku. Malam-malam pergi bilik maid nak buat apa? Tak pasal-pasal “Perang Dunia ke-3” meletus.

So, aku tanyalah ipar dan bini aku, ada sesiapa yang keluar tak tutup pintu dapur? Semuanya menafikan. Aku anggap ini sebagai kes terlupa tutup pintu la. So, terus la aku pergi masuk tidur. Maka esoknya iaitu pagi tadi kecoh pasal maid “Sue” lari. Barmacam-macam spekulasi dan cerita hangat aku dengar dari family isteri aku. Ko nak lari takper lah, ini dengan handset aku pun ko bawak lari. Apa citer.. arghhh!!!

2 Comments (+add yours?)

  1. en_me
    May 12, 2011 @ 08:36:53

    bengang kanns.. uhuhu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: