Pusat Servis Proton Yang Mengecewakan

Siapa yang tidak kenal dengan Proton? Semua rakyat Malaysia kenal dengan Proton. Sebuah syarikat pengeluar kereta Nasional yang diasaskan sejak 1985. Sehingga sekarang ia menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana Malaysia mampu menjadi negara pengeluar kereta seperti negara lain.

Disebalik kejayaan sebagai pengeluar kereta, banyak isu berbangkit yang sering kita dengar. Bermula dari masalah power window yang sering tersangkut, sehinggalah kepada isu kualiti kenderaan untuk pasaran tempatan berbanding dengan kualiti untuk dieksport. Kenderaan untuk pasaran eksport mempunyai pelbagai aksesori keselamatan seperti beg udara, berbanding dengan pasaran tempatan yang hanya boleh dimiliki dengan model premium.

Maka tidak hairan kenapa ramai yang kecewa dengan produk Proton dan beralih kepada produk import seperti Honda, Toyota, BMW, Mercedes Benz dan banyak lagi brand kereta lain yang memberikan jaminan dan servis terbaik kepada pelanggannya. Ditambah pula dengan teknologi enjin yang mesra alam dan penjimatan petrol serta berkuasa.

Berbanding dengan kereta Nasional yang dilihat agak ketinggalan dengan pesaingnya. Penjimatan petrol yang dikatakan hanya untuk model Savvy sahaja, tetapi bagaimana dengan model lain? Apa yang saya cuba luahkan di sini ialah betapa kecewanya saya sebagai pengguna kereta Proton dan servis yang diberikan.

Pada 2 minggu yang lepas kereta Satria isteri saya mengalami masalah wiper yang tidak berfungsi. Berdepan dengan masalah tersebut saya terus menghantar kereta tersebut ke Proton Servis Centre cawangan Seri Kembangan. Setelah 3 hari kereta ditinggalkan untuk dibaiki, Satria tersebut pun siap dibaiki.

Namun setelah saya membuat bayaran dan membawa balik, masalah tersebut masih timbul. Ditambah lagi dengan cuaca yang sering tidak menentu. Hujan yang renyai menjadi risiko yang sangat besar kepada aku dan keluarga. Selang beberapa hari saya kembali untuk menghantar semula ke Proton Servis Centre yang sama dan meminta mereka memeriksa semula.

3 hari juga masa yang diambil oleh mereka. Setelah ditanya berkenaan status kenderaan saya, jawapan yang mengecewakan diberikan. Mereka masih sedang mencari punca masalah. Pada hari ke-4, mereka (Proton Servis Centre) menghantar kereta saya ke bengkel lain untuk dibaiki.

Dalam masa sehari punca masalah telah dikenalpasti di mana ianya disebabkan litar pintas pada wayar lampu belakang. Jek yang digunakan untuk menukar tayar kereta telah menghimpit wayar tersebut sehingga seluruh wiring di dalam kereta bermasalah. Dalam masa sehari, wiring yang bermasalah telah ditukar dan kereta Satria telah siap. Tetapi angka bayarannya agak mengejutkan. Cecah 4 angka.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, Mengapa Proton Servis Centre atau Wakil Proton tidak boleh mengatasi masalah kereta saya? Apa yang dilakukan oleh mereka ketika kereta saya terpaksa ditinggalkan berhari-hari lamanya? Sia-sia saja saya buat bayaran dahulu sedangkan masalah tidak juga selesai? Kenapa perlu hantar ke bengkel lain? Nampak sangat wakil Proton ni tidak mempunyai kepakaran pada kereta Proton sendiri.

Lebih mengecewakan, wakil Proton Servis tersebut dijalan oleh syarikat Melayu bumiputra. Niat yang kononnya hendak bantu Melayu sendiri tetapi mereka sendiri tidak pakar dalam bidang yang diceburi. Maka tidak hairan kenapa ramai yang lebih suka menghantar kereta ke bengkel lain walaupun tidak menggunakan nama Proton.

Nasihat saya kepada pengguna kereta khususnya pemilik kereta Proton. Sekiranya ada masalah hantarlah ke bengkel lain yang boleh dipercayai dan anda kenal. Wakil Proton Servis nampaknya hanya lebih kepada jenama dan bukan kualiti servis. Servis mahal, kereta tetap juga bermasalah. Lepas ni kalau nampak saja bengkel Proton Servis yang diusahakan oleh Melayu bumiputra saya banned siap-siap.

Rasanya pihak tertinggi Proton perlu lihat masalah remeh seperti ini, kerana end-user seperti rakyat berpendapatan sederhana akan tertipu dengan sikap sesetengah wakil Proton Servis yang buat kerja ‘main-main’.

p/s: Nak tau Pusat Servis tu kat mana? Dekat-dekat dengan Jaya Jusco Equine..

4 Comments (+add yours?)

  1. shamthecoklatwrapper
    Sep 07, 2011 @ 04:10:26

    direct tulis la….tu pasal aku suka anta kete gen2 aku (6thn dah usianya) servis ke bengkel cina. Confident aku masalh kete kalo ade settle on the spot. Nak tambah skit…aku anta servis kete viva aku kat bengkel perodua usahawan melayu…dah abis servsi balik la…tup tup perasan 1 cover rim takde..cover rim 1 tanggal….nasib baik aku chek..aku lak yg call dorang untuk chek ade tak cover rim kat sana…dorang kate ade…..dorang tak perasan ke cover rim tu kurang satu….ke dorang memang nak songlap??? pastu bila aku sampai kat bengkel…bukan nak mintak maaf…tunjuk cam tak puas hati lak kat aku,,,aku ke salah? Adoh melayu..ubah la sikap….aku pun melayu….dan bengkel tu aku dah banned…gi bengkel perodua usahawan cina..layanan baik punya…maaf melayu..kalo ko tak ubah sikap memang la kena banned sampai bila2…

    Reply

  2. seriknganmekanikmelayu
    Dec 12, 2011 @ 11:57:12

    bab baiki kereta ni..memang aku g kedai cina…sebab mekanik melayu ni payah nak jumpa yang ok..ada kot…tapi satu dalam 100 ribu

    Reply

  3. Allesandro
    Oct 20, 2012 @ 02:44:01

    Sebab Mekanik melayu malas, tak nak belajar, mmg Ada yg ok tapi sedikit, cina Dari Kecik dh belajar pomen…saya pun terpaks ke kedai cina sbb service ok

    Reply

  4. Ali
    Jun 25, 2015 @ 01:13:03

    Sama la. facing same prob kat proton center kat chan sow lin. service advisor pun kaki kencing. complaint kat HQ, still sama gak. siap service advisor 2 ugut lagi. ckp dia tau ak complain kat HQ. kalu suruh cek je, mesti kata nak kena tgal kete. kalu tgal kete bukan dorung buat pun.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: