Umair at KLCC

Sempena cuti Hari Pekerja, saya membawa Umair berjalan-jalan ke KLCC. Dengan bersemangatnya Umair begitu ceria walaupun jalan menuju ke KLCC begitu teruk sekali, maksud aku kesesakan trafik ler. KL mana yang tidak jammed, lebih-lebih lagi diwaktu cuti. Hampir saja hendak sampai ke KLCC baru ler tau rupa-rupanya ada kontraktor sedang membaiki jalan. Hampeh tul, buat la waktu malam waktu takder orang. Menyusahkan orang jer.

Sampai di KLCC, lokasi pertama yang kami kunjungi ialah ISetan. Itu mama Umair punya lokasi feveret kalau sampai KLCC. Takder apa sangat, just window shopping saja. Selepas melihat sana-sini kami pun ke tempat lain iaitu Restoran San Francisco. Cafe yang jual kopi tue ler, teringin sangat kata mamanya. Aku pun follow jer la, sebab memang terasa ngantuk-ngantuk juga kepala ni.

Sekali order hot cafe latte regular size, harga jangan cakap ler. Minum kopi cap Amerika ni mana ada yang murah. Selepas dibancuh dengan gula dan krimer mengikut lidah rasa aku, spontan jer wife aku cakap “Sedap”. Memang ler sedap, dah minum kopi mahal. Melampau la tak sedap kalau dah bayar mahal. Mungkins sebab biji kopi ditanam di Amerika kot.

Lepas tu kami pergi ler Watson, niat nak beli ubat selsema untuk aku. Hidung memang dah watery, sket-sket sedut. Pharmacist pulak takder. Terpaksalah pergi cari Guardian or kedai pharmacy lain. Tapi tak pergi cari pun sebab dah naik atas. Alang-alang dah sampai atas kami pun pergi la ke kedai buku feveret aku iaitu Kinokuniya.

Lokasi tempat biasa aku singgah ialah Computer. Belum sampai 10 minit, Umair punya pampers plak dah full, mau kena tukar. Terpaksa la aku bawa ke tempat menukar lampin. Sekali tengok kat tingkat paling bawah la, belakang Maybank. Ingatkan boleh la terus tukar pampers Umair, punyal la ramai orang kat dalam sedang beratur giliran nak tukar pampers baby masing-masing.

Sedang aku menunggu giliran, baru aku perasan semua orang perhatikan aku. Rupanya Umair dengan papa jer mama kat Kinokuniya lagi, baby lain semua dengan pa & ma. Macam tak pernah tengok orang lelaki tukar pampers baby jer. Tapi aku abaikan jer la, sebab masa tu dah penat bawak beg, bawak Umair yang tertidur dan penat pusing keliling turun escalator.

Selepas selesai, aku naik semula ke Kinokuniya dan time untuk mama dia pulak jaga. Aku pula sambung balik cari buku kegemaran aku. Puas mencari, maka mulalah mentelaah setiap satu darinya. Nak beli bukan ler tak mampu, tapi bila tengok harganya buat aku fikir 10x. Banyak perkara boleh dibuat untuk jumlah amaun tersebut. Umair pula yang dah terjaga dari tidur begitu bersemangat merayau-rayau di dalam Kinokuniya. Tak larat nak kejar Umair yang dah pandai berjalan.

Lebih kurang jam 5 lebih kami pergi mengisi perut di restoran Little Penang. Nasi Lemak Ayam dan Rojak menjadi pembuka selera kami. Kasihan Umair tiada makanan yang sesuai untuknya makan, hanya biskut Heinz yang boleh dimakan olehnya. Ramai orang datang ke restoran ni, tak putus-putus. Semasa hendak masuk ke restoran ini pun kena beratur menunggu pelanggan lain habis beredar.

Rasa sayang hendak balik sebelum bergambar dengan bangunan berkembar di luar. Saya snap gambar Umair dan Mamanya di luar dengan bangunan KLCC. Agak sukar hendak mencari spot yang menarik kerana ramai orang di luar sana. Cuaca juga agak redup, tidak la panas sangat kerana banyak awan. Risaunya cuma satu, kalau hujan tak pasal jer. Sebab wiper kereta selalu buat hal.

Oleh kerana hari dah pun senja, kami pun balik. Dah penat ke hulu hilir masa untuk berehat pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: