Honda Wave Overhaul

Selepas 2 hari menghantar motorsikal untuk diperbaiki, akhirnya siap jua akhirnya. Dimana kisahnya bermula ketika hendak setting teppet yang berbunyi. Kuingatkan teppet, rupanya bunyi chain, rod, piston dan pelbagai lagi bunyi lain. Begitu terukkah motorsikal aku ni, sedangkan 6 bulan lepas saya baru saja buat top-overhaul.

So, untuk membuktikan kesahihan kerosakan motorsikal aku ni, pomen ni pun buka dan lerai satu persatu block head enjin dan memang nampaklah, piston dah calar macam tauhu kena korek. Alasan pomen tu oil pump dah rosak, sebab minyak tak naik ke piston. Apabila minyak tak naik, piston panas dan jammed. Tapi betul juga katanya, sebelum ni memang motor aku mati tiba-tiba masa cruising selepas sebulan buat top overhaul.

Semua part di dalam enjin adalah original Honda from Japan bukan Honda Siam. Piston, Piston ring, Oil pump pun original Honda Japan, mana kedai ni dapat? Katanya ini stok lama Japan punya, yang stok baru semua Siam mari. Aku iyakan saja katanya, janji apa yang aku laburkan berbaloi dengan apa yang aku dapat. Banyak lagi yang ditukar termasuklah clutch plate, tapi Yamaha punya. Katanya Yamaha punya lagi grip dari Honda yang senang slip.

Siap saja motor aku, pomen tu call suh datang ambik. Dengan hanya sekali tendang motor aku hidup dengan bergayanya. Macam baru, feel different from before. Terasa sedap saja bawak motor selepas buat overhaul, 7 tahun sekali buat overhaul kira OK la pada aku. Aku buat overhaul kat kedai P John Motor, Racing Motorsport, Bandar Tun Razak.

Nak komen lebih-lebih, tak boleh la. Sebab motor baru saja keluar ICU. Maybe after complete running-in barulah motor ni boleh berentap.

2 Comments (+add yours?)

  1. anynomous
    Mar 05, 2012 @ 12:35:33

    askum, tumpang tnye kos overhaul wave 100 dkat kedai ni brape ek?
    neway bley reply kat killer_machine@yahoo.com

    Reply

    • sufri82
      Mar 06, 2012 @ 12:56:53

      Assalamualaikum,

      Saya buat overhaul Wave 100 saya ni dengan kos lebih kurang RM 700
      Mungkin terlalu mahal bagi sesetengah orang, hampir semua barang internal part dalam enjin saya gunakan Made in Japan.
      Barang baru cuma stock lama.Even piston ring saja lebih mahal dari piston tu sendiri kerana ianya Made in Japan.
      Semua part adalah jenama Honda kecuali clutch plate saya gunakan Yamaha.
      Kalau nak overhaul murah boleh guna part dari Honda Thailand.
      Kes saya ni sebab nak pakai lama dan tak mau fikir pasal nak overhaul dalam jangka masa terdekat.
      Alhamdulillah, setakat ni motor Wave 100 saya running dalam keadaan cemerlang.
      Kalau dulu top speed cuma 100km/j, tapi selepas pakai part Jepun ni dapat 110km/j.
      Saya maintain guna engine oil Motul. Servis motor 3 bulan sekali, daily ride.
      So saya harap statement saya dapat membantu saudara..

      Wassalam..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: