Shopping di Ikea, Damansara

Petang tadi saya sekeluarga bersama isteri dan Umair ke Ikea, Damansara untuk membeli sedikit perabot yang bukan perabot rasanya. Niat asal nak beli tempat penyangkut baju tapi terbeli banyak benda lain. Walau bagaimanapun, matlamat hendak membeli tempat penyangkut baju tercapai.

Bermula dengan kedai perabot yang telah kami survey di sekitar Equine, tidak ada satu tempat penyangkut baju yang berkenan. Kalau ada pun ianya agak mahal dengan kualiti yang ada padanya. Senang cerita tak berbaloi ler. Setelah pusing dua tiga tempat, kami pun buat keputusan untuk ke Ikea.

Sampai di sana, kami mencari ler apa yang patut. Disebabkan banyak barang dan perabot yang menarik, maka dengan secara tidak sengaja tangan ini terasa ringan untuk mencapai dan masuk terus ke dalam troli. Ada la beberapa barang yang boleh consider murah tetapi bukan semuanya murah.

Ada la sebuah almari yang menarik perhatian isteri saya. Bermula di situ kami menyatakan pendapat masing-masing, at last kami beli jugak tempat penyangkut baju yang jauh lebih murah. Harganya cuma RM19.50 berbanding dengan almari RM139. Kalau dibandingkan dengan tempat penyangkut baju di kedai perabot Equine, harganya RM100 tanpa boleh kurang harganya.

Penat pusing keliling survey barang, kami singgah sebentar cafe yang terdapat di dalam Ikea. Saya order Meat Ball, Fries, Coffee dan Egg Tart. Kami makan sambil melihat gelagat Umair yang bermain di kawasan Playground di dalam cafe.

Hendak dijadikan cerita, Umair begitulah seronok bermain di kawasan playground. Ketika hendak bermain salah satu permainan di situ, ada la seorang budak yang boleh kata jauh lebih besar dari Umair yang conquer permainan tersebut. Budak tersebut tidak memberi peluang kepada Umair untuk bermain bersama. Mungkin sebab geram tidak dapat main, Umair pukul muka budak tersebut beberapa kali.

Terkejut juga dengan tindakan Umair, terus saya dapatkan Umair kerana risau budak tadi akan membalas. Risau juga sebab mak bapak budak tu pun duduk sebelah meja tempat kami makan. Kang sebab anak, mak bapak pulak yang bergaduh.

Selepas kenyang makan dan minum kopi yang telah di refill sebanyak dua kali, kami pun pergilah ke kaunter untuk membuat bayaran barang yang telah kami beli. Kemudian kami balik ler ke rumah.

Perjalanan kami untuk balik ke rumah agak lama dan jauh kerana saya terlepas simpang dan terus masuk Highway bertol. Dah ler silap masuk highway bertol, dalam highway pun silap ambil lorong. Alamatnya aku bawa isteri dan Umair makan angin malam ler, sambil melihat panaroma yang indah. Nasib baik la jalan tidak sesak, seluruh MRR2 saya pusing sampai ler keluar. Alhamdulillah, selamat juga sampai ke rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: