WeeGo Glass Bottle

Baru-baru ini saya ada post ke dalam blog mengenai BPA dan Botol Susu Bayi. Oleh kerana saya mengambil berat akan kesan BPA walaupun ianya adalah kesan jangka panjang, saya korbankan sedikit wang demi kesihatan anak saya Umair.

Selang beberapa hari lepas, saya melayari lama sesawang dan mencari produk botol susu yang diperbuat daripada kaca. Setelah puas meneliti dan mentelaah, akhirnya saya menemui produk yang dimaksudkan iaitu WeeGo Bottle dari jenama LifeFactory.

Oleh kerana kekangan masa saya memilih untuk membuat pembelian secara online. Setelah beberapa hari menunggu, produk yang saya maksudkan pun sampai di pejabat saya. Patut la mahal, saya ingatkan ada 2 botol jer rupa-rupanya ada 4 botol. Sebagai permulaan, rasanya elok juga saya beli dalam kuantiti yang banyak. Lepas ni tak perlu beli dah, cuma mungkin kena ganti puting jer apabila dah rosak dan sebagainya.

Lepas ni, semua botol susu polikarbonat akan saya buang terus. Hanya yang BPA Free sahaja yang dibenarkan berada di dalam list saya. Untuk pengetahuan semua, harga botol susu kaca ni ialah RM269.00 untuk 1 set. Dimana 1 set mengandungi 4 botol pelbagai warna. Cuma saya jer memilih warna biru, ocean color kononnya lah. Beli 1 set lebih murah dari beli satu persatu, tapi jadi mahal la kalau beli 1 set sedebuk macam tu. Tapi nak buat macam mana, demi anak kesayangan papa korbankan sedikit wang.

3 Comments (+add yours?)

  1. Mohd Hafizal
    Apr 25, 2011 @ 21:54:39

    6-8 Mei 2011 ada pameran besar-besaran d Mid-Valley jualan brgn baby… bah, kasi satu tah sm aku… hehehe…

    Reply

  2. lina
    Jan 19, 2012 @ 09:27:42

    apa alamat web untuk beli botolni ye??

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: