E-mel 1Malaysia Percuma?

E-mel percuma? Rasanya dah lama aku dengar mengenai e-mel percuma. Sejak dari bangku sekolah lagi aku dah ada e-mel percuma. Pada waktu itu Yahoo dan Hotmail paling popular. Ramai kawan sekolahku mempunyai e-mel sendiri dengan bermacam-macam nickname yang kononnya ganas, macho dan sebagainya. Ada sesetengahnya mempunyai lebih dari satu e-mel. Apa purpose? Saya pun kurang pasti.

E-mel saya yang pertama ialah Hotmail kemudian saya tambah lagi satu iaitu Yahoo. Kedua-duanya adalah e-mel yang agak panas dan popular pada waktu itu. Kemudian ada satu lagi e-mel yang telah saya daftar iaitu Excite, tetapi oleh kerana tidak aktif, saya sendiri telah lupa username dan password.

Hanya dua e-mel ini sahaja yang saya gunakan sampai sekarang. Kemudian, ketika saya mula bekerja barulah muncul nama gmail yang dipopularkan oleh google. Setelah diperkenalkan oleh rakan, saya daftar akaun gmail yang mana saya gunakan khas untuk tujuan tertentu dan orang tertentu.

Ketiga-tiga e-mel yang saya gunakan adalah percuma. Masing-masing mempunyai kelebihan dimana gmail memberi ruang storan yang besar tanpa perlu pengguna membuang e-mel yang telah dibaca. Yahoo dan hotmail juga telah mengikut jejak langkah gmail dengan memberi storan yang besar.

Entah sejak bila tiba-tiba saya terbaca kerajaan Malaysia hendak memberi e-mel percuma. What is this for? Hairan bin Ajaib. Rasa-rasanya semua orang yang pernah menggunakan komputer pasti mempunyai e-mel sendiri. Tidak kiralah ianya e-mel peribadi atau e-mel kerja rasmi.

Setelah search ke dalam pakcik google, bermacam-macam artikel yang keluar. Sebahagian besarnya melibatkan politik dan sebahagian lagi melibatkan syarikat yang menguruskan e-mel 1Malaysia. Tetapi pada pendapat peribadi, saya setuju dengan salah satu artikel yang saya baca. Rakyat memerlukan internet percuma dan bukan e-mel percuma. Bagaimana hendak menggunakan e-mel sekiranya internet masih ada cacat celanya.

Masih banyak lagi blind spot internet di seluruh Malaysia. Itu belum kira lagi kawasan luar bandar dan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, e-mel 1Malaysia yang dikatakan percuma adalah sesuatu yang tidak perlu. Pasti ada kos disebalik operasinya. Banyak e-mel percuma seperti gmail, yahoo, hotmail dan lain-lain, mengapa perlu menyediakan yang serupa dengannya?

What we need is Internet percuma bukan e-mel percuma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: