Umair Masuk Wad Pediatrik di PPUKM

Sejak 3 hari lepas, anakku Umair kurang sihat. Kadang-kadang demam, kadang-kadang cirit-birit, kadang-kadang batuk dan yang paling teruk sekali muntah. Bermula dari demam, saya dan isteri membawanya ke klinik panel yang berdekatan. Seperti biasa, doktor klinik tersebut hanya memberi ubat tahan muntah, ubat demam, antibiotik dan ubat batuk.

Akan tetapi selepas 3 hari masih lagi tiada perubahan. Saya bercadang hendak membawa Umair ke PPUKM pada keesokan hari, tetapi pada malam tadi Umair muntah sekali lagi selepas minum susu. Terus saya menyuruh isteri bersiap untuk membawa Umair ke PPUKM. Sampai di sana sampel darah Umair diambil untuk di analisa. Apa yang baiknya Umair hanya diam walaupun jarum ditusuk ke tangannya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Angka giliran Umair yang rasanya agak sedikit, terasa sungguh lama sekali. Kami sampai sekitar jam 10.30pm tetapi giliran hanya dipanggil pada jam 11.55pm, iaitu hampir jam 12 malam. Umair hanya diberikan drip sebanyak 80ml selama 2 jam. Ini bermakna kami hanya boleh balik pada jam 2am. Ketika Umair diberikan susu, sekali lagi Umair muntah dengan banyaknya. Saya memberitahu staff nurse yang bertugas untuk memaklumkan perkara berkenaan. Selepas nurse berkenaan memberitahu kepada doktor yang bertugas, serta-merta Umair di pindahkan ke Wad untuk pemerhatian.

Saya pula terpaksa keluar dan balik ke rumah kerana hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan menjaga Umair. So, mama Umair ler yang kena bermalam di Wad. Saya pula balik ke rumah dalam keadaan separuh mengantuk. Bertambah mengantuk apabila ada traffic jammed semasa hendak sampai ke rumah. Kalau dah masuk tengah malam ada traffic jammed memang sah ada sekatan jalan raya. Kalau bukan Polis mesti JPJ. Pagi-pagi buta Polis buat road block, aku dah la mengantuk ni.

Keesokannya iaitu hari ini, Umair begitu ceria dan bersemangat seperti orang yang sihat. Bermain, berlari-lari adalah aktivitinya sepanjang berada di Wad. Saya pula mengambil emergency leave disebabkan hal ini. Sesekali Umair ada muntah, tetapi hanya sedikit sahaja. Pada petangnya, Umair akan diberi kebenaran untuk keluar Wad sekiranya tidak muntah, tidak cirit-birit dan suhu badan yang normal. Tetapi last sekali ketika mamanya hendak memandikan Umair, sampai sahaja di bilik mandi Umair terus berak dan cirit.

Setelah saya maklumkan hal ini pada doktor bertugas, Umair ditahan sekali lagi di Wad pada hari ini. Nampaknya mamanya kena bermalam sekali lagi di Wad bersama Umair. Kasihan Umair, walaupun kurang sihat Umair tetap ceria dan bertenaga. Tatkala budak-budak dan bayi lain sedang tidur, Umair masih lagi hendak bermain-main bersama papa dan mamanya.

Ketika waktu melawat sudah pun terlebih dari lewat, barulah ipar dan birasku tiba untuk melawat Umair. Sekitar jam 9pm saya sudah mula balik kerana hendak berjumpa dengan client. Kasihan Umair, semoga Umair cepat sembuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: