Satu Hari Yang Bingung

Hendak dijadikan cerita, aku boleh terlajak hari. Hari yang sepatutnya Rabu aku katakan Khamis, hari Khamis aku katakan Jumaat. Entah macam mana sibuk sangat agaknya, aku telah cancel appointment dengan vendor yang sepatutnya berlangsung hari ini (Khamis) yang kusangkakan Jumaat. Dah terpaksa tunda ke hari lain.

Lepas tu bila dah sangka hari ini Jumaat, jam 1pm aku dah ready hendak pergi solat Jumaat. Hairannya aku lihat orang lain masih sibuk buat kerja seperti biasa. Diorang ni saja-saja ke nak lewat (tanya hatiku kehairanan), aku pun pergi la menjemput officemate untuk solat Jumaat. Diorang pun kehairanan melihat aku.

Bertanyalah salah seorang daripada mereka, “Ko nak ke mana?” jawabku “Nak ke surau, meh ler kita ke surau”. Diorang sangka aku ajak ke surau, diorang kata pergi dulu. Hairan aku seketika, selalunya bergegas jer diorang ni. Aku pun dalam keadaan bingung pergi la ke meja kerja dan lihat pada PC ku. Sambil-sambil belek kalender yang tertera 31 Mac 2011 (Khamis).

Hhaaahh!!! Apa sudah jadi? Aku salah tengok tarikh ke? Terasa malu sekejap, nasib baiklah aku tak sound kat mereka “Jom solat Jumaat semua”. Kalau tidak mesti jadi bahan lawak untuk stok sebulan dua. Ni mesti penangan buat kerja multitasking la ni, kejap masuk bilik server, kejap ke PC Jebart, kejap laptop Saiful, kejap PC Kak Siti, kejap laptop Man, kejap HDD Zainal ada problem, problem aduanit, server antivirus lah.

Macam-macam ada, peningnya tidak tapi bingung. Nasib baiklah semua kerja berjalan lancar, tarikh jer terlajak-lajak. Adakah aku terlalu penat? Workaholic? I think I need some rest..

1 Comment (+add yours?)

  1. Saiful
    Apr 14, 2011 @ 11:58:37

    Hehehe… Rileks Bro…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: