Apabila Internet Buat Hal..

Bermulalah episod di mana ketiadaan talian internet memberi impak yang besar kepada sesuatu organisasi. Di mana secanggih mana sesuatu sistem akhirnya menjadi kesusahan dan beban kepada pengguna.

Bunyinya nampak kecil, hanya kerana tiada talian internet. “Apa nak susah, internet jer” Itulah ayat yang keluar dari mulut orang yang tidak nampak kesannya.

Bagi sesuatu organisasi, mempunyai pelbagai server dan workstation adalah sesuatu yang biasa. Lebih-lebih lagi ianya adalah organisasi yang berangkut rapat dengan ICT atau organisasi yang menggunakan teknologi ICT separa atau sepenuhnya.

Apabila talian internet menjadi tidak stabil, orang kata spike, intermittent dan pelbagai lagi ayat-ayat sepetinya. Maka, pelbagai jenis server yang akan terjejas. Contohnya, apabila internet tidak stabil, server antivirus akan menghadapi masalah untuk mendapat virus definition yang baru.

Disebabkan server antitvirus tidak mendapat update dari internet, maka client atau PC tidak mendapat virus definition terbaru bagi menghalang virus-virus terkini. Apabila perkara ini berlarutan, maka adalah beberapa buah PC yang menjadi storan virus dan beranak-pinak ke PC yang lain.

Nak dijadikan cerita virus ini pula adalah virus yang agak kerap menghantar packet, request ke server proxy. Kalau ada satu atau dua buah PC sahaja mungkin tidak nampak sangat kesannya. Tetapi apabila ada lebih dari 50 buah PC atau 100 buah PC atau lebih, ianya menjadi beban dan secara tidak langsung menjadi server proxy tidak stabil kerana terdapat banyak request dari virus-virus tersebut.

Maka proxy server pula menjadi tidak stabil, impaknya pula menjadi seluruh organisasi tidak dapat mencapai internet kerana terdapat gangguan. Perkara ini akan berlarutan sehingga PC yang dijangkiti telah dibersihkan. Sedikit gangguan yang ada menjadi impak yang cukup besar. Kalau ada 10 atau 20 buah PC mungkin senang untuk diatasi. Tetapi bagaimana yang ada 1000 buah PC? bagaimana pula dengan 2000 buah atau lebih?

Orang luar selalunya tidak nampak, mereka hanya mengeluh dan merungut apabila tiada internet, itu sahaja. Apabila terjadi perkara seperti ini, maka pihak IT juga yang dipersalahkan. Walhal perkara seperti ini di luar jangkaan, sebab yang selalu menguruskan talian internet ialah Jaring atau Telekom.

Ditambah lagi dengan user yang hanya tahu menggunakan PC untuk kegunaan peribadi, contohnya memasuki laman web yang tidak sepatutnya. Memuat-turun fail yang tidak diketahui apa isi kandungannya dan memasang semua plug-in yang tidak perlu dan tidak diketahui fungsinya.

Belum lagi ditambah dengan user yang memang kaki torrent, kaki rapidshare dan bermacam-macam kaki lagi yang kerjanya asyik download sahaja. Ini menyebabkan internet yang ada congested. So, macam-mana nak selesaikan masalah ini? Maka terpaksalah buat backup plan. Apa dia backup plan? Entahlah, aku hanyalah seorang pekerja bawahan yang menurut perintah. Siapalah yang mahu dengar cakap atau kata orang bawah macam aku ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: