Earth Hour Malaysia 2011

Earth Hour ialah kempen menutup suis lampu di rumah atau di premis perniagaan untuk selama 1 jam. Di mana ia bermula jam 8.30pm hingga 9.30pm pada 26 Mac 2011. OFF kan la lampu rumah untuk sejam demi bumi yang semakin panas.

Itu lah kempen yang diuar-uarkan. Demi bumi dan masa depan waris dan keturunan kita. Tujuan kempen itu sendiri kurang jelas, saya pun kurang pasti. Tetapi apa yang pasti sekiranya kempen ini dilaksanakan dan semua orang mengambil bahagian, TNB pasti mengalami kerugian walaupun hanya sejam.

Mengenai konsep hijau atau penjimatan tenaga saya kurang setuju kerana apabila semua rumah memadam lampu walau hanya untuk sejam, janakuasa TNB pasti mempunyai lebihan tenaga yang tidak digunakan. Kebanyakan tenaga yang dihasilkan adalah dari bahanapi fosil yang bukan sumber yang boleh diperbaharui kecuali hidro. Apabila ini berlaku, tenaga yang dihasilkan tidak digunakan. Bukankah ini membazir namanya? atau saya salah konsep?

Dalam sejam saya melihat keadaan di luar rumah, rasanya sama sahaja. Sentiasa terang-benderang, nampaknya tidak ramai yang mengambil bahagian dalam kempen Earth Hour. Mungkin jika di bandar besar seperti Kuala Lumpur kita boleh melihat KLCC memadamkan lampu-lampunya seperti tahun sebelumnya.

Akan tetapi jikalau kempen ini dijalankan dengan kerap, bertujuan  menurunkan tarif elektrik sedia ada. Saya setuju 120%. Dengan cara ini saja semua orang boleh protes dan mendesak TNB kaji semula tarif elektrik sedia ada. Boleh berjayakah? Dengan kerjasama semua orang seperti sekarang? Entahlah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: