Visa Debit Card and TAP from Bank Islam

Bank Islam telah membuat Sales Carnival di Low Yat Plaza bermula 21 – 27 MAC 2011. Bermacam-macam jenis produk yang diperkenalkan. Di antaranya ialah Visa Debit Card dan TAP.

Visa Debit Card sama fungsinya dengan Kad Kredit. Bezanya ialah Kad Kredit seperti biasa kita berhutang dahulu bayar kemudian. Manakala Kad Debit pula ia akan tolak kredit terus dari akaun simpanan di dalam bank.

Setelah melihat tawaran menarik yang ditawarkan, saya pun meminta sedikit penerangan mengenai dua produk tersebut. Visa Debit Card yang ada boleh berfungsi sebagai kad ATM biasa. Penerangan ringkas diberi saya pun akur dan setuju.

TAP pula bermaksud Transact At Palm, iaitu sebagai pengguna Bank Islam saya boleh membuat transaksi hanya dengan menggunakan SMS sahaja. Tidak perlu internet, tidak perlu 3G, tidak perlu EDGE, cukup sekadar ada coverage telefon sudah memadai. Dimana saya boleh membayar bil, memeriksa baki akaun simpanan di dalam bank, membeli top-up telefon dan berbagai lagi.

Pendek kata cukup mudah dan senang, memandangkan cawangan Bank Islam agak terhad, memang wajar ada servis seperti ini. Semuanya hanya dihujung jari. Memandangkan saya adalah salah seorang pelanggan Bank Islam, semua proses penukaran Kad ATM kepada Kad Debit yang baru dibuat dengan pantas dan mudah. Manakala TAP pula hanya perlu memasang sekeping device yang halus pada SimCard telefon. Selepas ini tak perlulah ke bank selalu.

Semua ini adalah PERCUMA, tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk membuat penukaran dari ATM ke Debit-i atau untuk mendapatkan TAP. Maybe sebab saya pelanggan Bank Islam kot. Siap diberi free gift lagi berupa beg.

4 Comments (+add yours?)

  1. Mis
    Mar 25, 2011 @ 18:50:22

    saya hendak gambar pertandinga mewarna untuk besok 26 mac 2011…di karnival bank islam area low yat plaza….sila hantar ke email saya sebelum pukul 9 malam ini…itupun sekiranya tidak sibuk……sory menganggu….

    Reply

  2. tips-kurus
    Apr 03, 2011 @ 15:48:40

    saya baru buat kad atm BIMB baru. banker tu cakap skrg semua Visa..

    Reply

    • sufri82
      Apr 04, 2011 @ 12:37:26

      Memang sekarang semuanya Visa
      Sebelum ni kad ATM BIMB adalah kad ATM biasa, non-Visa Debit
      Saya pula adalah pelanggan lama BIMB yang memegang kad ATM lama tu
      So, baru-baru ni jer upgrade ke Visa Debit

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: