My New Thumbdrive

Thumbdrive baru? Kenapa? Sebabnya thumbdrive lama dah hilang, so kenalah beli yang baru untuk meggantikan yang hilang. Entah hilang di mana, saya pun kurang pasti. Sebab dah hilang, so tak tahu nak mula cari di mana.

Thumbdrive lama berjenama Pretec bersaiz 2GB telah berkhidmat kepada saya begitu lama. Rasanya ada dalam 3 atau 4 tahun, akhirnya telah tamat tempoh perkhidmatan kerana hilang tanpa dikesan. Puas cari merata tempat, di rumah, di pejabat, dalam beg dan sebagainya namun hampa.

Nasib baiklah sebelum hilang tue saya sempat buat salinan semua fail di dalam thumbdrive tersebut. Fuuhhh~ Selamat.. kalau tidak memang menangis tak berlagu. Perkara yang sama pernah berlaku pada saya suatu ketika dahulu ketika tersalah format HDD PC. All my work gone. Sadis sungguh ketika itu.

So, dipendekkan cerita saya perlu ada thumbdrive baru. Matlamat telah ditetapkan bahawa ianya mestilah support USB 3.0 bersaiz 16GB dan tanpa menggunakan cap. Sebab kalau memerlukan cap, let say the cap is missing the thumbdrive look ugly.

Setelah puas pusing keliling melihat berbagai jenis serta brand. Survey yang agak kurang berjaya, kerana tidak banyak pilihan yang ada bagi spesifikasi yang telah saya nyatakan. USB 3.0 memang tersangat sedikit yang ada di pasaran pada ketika artikel ini ditulis. Hanya ada 2 brand sahaja iaitu Transcend dan Patriot.

Dimana jenama Transcend lack dari segi cap, kerana cap jikalau hilang maka cacatlah rupanya. Manakala Patriot pula tersangatlah mahal harganya kerana ianya dalam kategori SuperSonic speed. 100MB/sec Read Speed dan 70MB/sec Write Speed, kapasiti yang cukup besar iaitu 64GB. Tetapi harganya RM689 telah membantutkan niat aku untuk memilikinya.

Setelah saya revise semula dan teliti, akhirnya saya beli thumbdrive biasa sahaja iaitu USB 2.0 kerana tujuan asal adalah untuk menyimpan data dan backup. Akhirnya sekali maka saya beli juga thumbdrive 16GB tanpa cap. Boleh tahan juga harganya sekitar RM89 untuk solid steel berbanding RM67 untuk plastik. Fikirkan jangka panjang, ianya lebih lasak dan tahan lama. Thumbdrive Hp V210W yang berkapasiti 16GB menjadi pilihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: