Asus Automobili Lamborghini Eee PC VX6

Setelah puas membuat research di merata tempat. Bermacam-macam brand dan bermacam-macam spesifikasi, akhirnya saya telah jumpa netbook yang diingini iaitu Asus Automobili Lamborghii Eee PC VX6. Nak senang saya bagi jer short form VX6.

Pada hari ini saya bersama dua orang adik iaitu Hafizal dan Hadri pergi ke Low Yat Plaza untuk membeli VX6. Setelah puas belek membelek tawar harga serendah mungkin, akhirnya tercapai kata putus dan terjadinya urusan jual beli. Akhirnya VX6 telah menjadi milikku yang mana pada masa artikel ini ditulis, VX6 masih ada bau kedai. Sniff.. sniff~ (cium bau).

Apa yang menarik, VX6 terdapat 2 jenis warna iaitu Hitam dan Putih. Nampaknya warna putih lebih menarik di hati berbanding hitam. Mungkin kerana banyak sangat lambakan laptop atau netbook yang berwarna hitam. Sekiranya saya memilih hitam, ianya menjadi tidak unik.

Saya ceritakan sedikit serba ringkas mengenai VX6. Ianya didatangkan dengan OS Windows 7 Home Premium 32bit, mempunyai paparan wide skrin LED 12.1″ dan menyokong HD. Bernadikan Intel Atom menjadikan ianya nampak kurang menarik disebabkan namanya Atom. Akan tetapi CPU ini adalah yang terbaru dalam kelas Atom di mana kelajuannya ialah 1.8GHz dan mempunyai 2 core (dual core).

Mempunyai kapasiti memori SO-DIMM DDR3 sebanyak 4Gb dan kapasiti hard disk sebanyak 320Gb. VX6 ini mempunyai 2 item baru iaitu mempunyai 2 port USB 3.0 dan Bluetooth 3.0 yang terkini. Rupa luarannya melambangkan sebuah jentera yang hebat. Reka bentuknya yang melambangkan sebuah kereta Lamborghini, tetapi spesifikasinya tidaklah sehebat “Big Brother”nya iaitu VX2 dan VX3.

Bagi kategori netbook ianya sudah cukup berkuasa. Mengenai performance VX6, tidak banyak yang boleh saya ceritakan kerana saya belum berpeluang hendak menge’test’ keupayaannya sehabis mungkin. Orang kata Fully¬†Utilize setiap genap dan setiap sudut.

Inilah netbook pertama yang saya miliki. Syukur Alhamdulillah, thanx mom for the support. I am really appreciate..

1 Comment (+add yours?)

  1. kng666
    Feb 22, 2011 @ 21:28:12

    letak le gambo….baru tak bosan….
    sekadar pendapat…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: