Computer

Netbook Survey

Sebagai seorang pekerja yang terlibat dengan ICT, adalah amat wajar untuk setiap orang memiliki sebuah laptop atau netbook. Ini memudahkan kerja yang boleh dilakukan di mana-mana. Jikalau dahulu kita memerlukan sebuah PC yang tidak mudah alih dan laptop yang beratnya bagaikan batu bata. Agak tidak praktikal jika kita memerlukannya secara mobile.

Jika ikutkan citarasa dan standard spec saya, rasanya memang saya tidak akan beli laptop sampai bila-bila. Dengan kemampuan yang sangat daif tetapi cuba memiliki sebuah laptop yang boleh dijadikan mainframe atau workstation. So, saya teliti semula apa keperluan sebenar sesebuah PC, apa keperluan sebenar sesebuah laptop.

Setelah diteliti dengan telitinya, saya memberi garis panduan supaya ianya lebih praktikal dengan keperluan semasa. Maka bermulalah pencarian saya di laman sesawang (internet lah). Bermacam-macam jenis laptop atau netbook yang berada di pasaran. Bermula dari netbook hinggalah ke laptop.

Keperluan utama ialah:

1. Mobile – Mestilah boleh dibawa ke mana-mana dan nampaknya semua laptop boleh buat begitu kerana itulah salah satu kenapa ianya dicipta. So, rasanya tiada masalah untuk ini.

2. Light Weight – Ianya mestilah ringan dan senang dibawa, not bulky seperti laptop yang mempunyai skrin 17″.

3. Powerful – Cukup berkuasa untuk menjalankan beberapa aplikasi yang selalu digunakan seperti aplikasi office dan surfing internet.

4. Stylish – Bergaya dan menarik di pandang, contohnya nipis. Mat salleh kata thin and sleek design, tetapi menjadi tarikan pencuri la pulak.

Selepas di timbang kati, pro dan con setiap laptop or netbook saya dapat simpulkan netbook adalah pilihan yang paling sesuai dengan kriteria yang telah saya sebut di atas. Kenapa tidak pilih laptop? Banyak sebabnya jika hendak disenarai pendek. Tapi bagaimanapun saya tulis jugalah.

1. Light Weight – Laptop lebih berat berbanding netbook, bermula dari 2kg hingga seberat 5kg. Bergantung pada brand dan keupayaannya. Netbook pula beratnya serendah 1kg hingga 1.5kg sahaja. Cukup ringan setakat ini.

2. Powerful – Sekiranya kita hendak melakukan tugasan pejabat dan surfing internet. Ianya sudah cukup berkuasa kalau setakat itu sahaja kegunaannya. Tetapi kalau ikutkan kehendak lain seperti, hendak bermain PC games, burning CD/DVD, membuat photo editing, render video, melakukan aplikasi pereka seperti autocad, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan di dalam netbook.

Akan tetapi, kita kena fikir semula dengan kehendak seperti itu. Adakah kita melakukan semua perkara tersebut semasa di luar pejabat ataupun semasa berada di Starbuck, Coffee Bean or McD? Sudah tentu tidak, takkanlah kita hendak bermain PC games di tempat umum. Takkanlah kita hendak burn CD or DVD semasa di luar. Takkanlah kita hendak edit gambar semasa berada di Starbuck. Takkanlah kita hendak render video yang sememangnya kita tahu memerlukan masa yang sangat lama. Takkanlah hendak mereka or design tak risau ker idea anda dicuri orang?

Kalau hendak main PC games lebih baik gunakan PC sahaja, ianya lebih berkuasa, graphic yang menarik dan skrin yang jauh lebih besar. Bukan selalu kita burn CD or DVD dan biasanya ianya tidak diperlukan sangat di dalam situasi tertentu. Kalau orang kata DVD drive perlu untuk install software? Mengapa tidak install terlebih dahulu sebelum bawa netbook keluar berjalan?

3. Power Consumption – Memang jika dilihat dari sudut ini, laptop nampaknya lebih tahan lama kerana baterinya mempunyai 9 hingga 12 cell, berbanding netbook yang mempunyai 6 cell sahaja atau model lama 3 cell. Tetapi netbook biasanya didatangkan dengan CPU yang paling rendah jumlah kuasanya. So ianya tidak bermasalah untuk anda berada di cafe sepanjang 6 jam lamanya. Takkanlah anda hanya duduk di sana selama 6 jam fikir secara logik akal.

Setelah membuat pilihan (netbook), kini tiba pula untuk mencari netbook yang paling sesuai. Memandangkan saya sudah sambung belajar (part time) netbook sudah menjadi keperluan bagi memudahkan saya belajar. Subjek yang saya pelajari pula memang memerlukan laptop or netbook. Jika wang bukanlah penghalang Alienware M11x menjadi pilihan.

Buat masa sekarang, wang memang menjadi penghalang. So, saya hanya memilih netbook dari brand Asus iaitu dari keluarga Eee PC. Kenapa Eee PC kerana ianya banyak model variasi yang ada berbanding brand lain yang hanya ada 2 or 3 jenis sahaja. Model apa yang saya pilih? Kita tunggu di lembaran akan datang.

Leave a comment