Valentine’s Day?

Bercerita tentang Valentine’s Day, setiap orang tidak kira tua atau muda pasti tahu bilakah tarikh Valentine’s Day. 14hb Februari yang diraikan di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia tidak terkecuali dengan sambutan ini.

Suatu ketika dahulu ketika aku masih bersekolah, Valentine’s Day dianggap sebagai Special Day di kalangan pelajar sekolah on that time. Mereka yang bercinta-cintun pasti akan memberikan coklat, bunga atau lain-lain hadiah kepada pasangan masing-masing bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang. Walhal mereka ini patutnya menumpukan pada pelajaran dan bukan pada alam cinta monyet.

Aku pula tidak terasa sangat dengan kehangatan Valentine’s Day pada ketika itu kerana tiada kekasih @ awek. Lagipun aku cuma suka pada permainan konsol dan PC sahaja pada ketika itu. Tatkala tiba sahaja Valentine’s Day pasti aku dengar akan haramnya bagi umat Islam meraikannya. Tetapi aku kurang jelas mengenainya kerana mungkin pada waktu itu aku tidak ambil kisah sangat.

Setelah aku bekerja dan mempunyai kekasih hati la pada ketika itu, aku pun sambut juga Valentine’s Day dengan pergi makan-makan di tempat yang special sikit dari biasa. Dressing lawa-lawa hensem lebih sikit, pastu pergi la mana-mana tempat tanpa hala tuju. Apa yang penting pada ketika itu cuma rasa seronok berjalan-jalan bersama pasangan.

Setelah bertunang dan mengahampiri alam perkahwinan, barulah aku tahu secara lanjut tetang di sebalik Valentine’s Day. Ianya juga adalah titik hitam bagi Islam kerana kejatuhan empayar Islam di Cordova, Sepanyol. Sebagai umat Islam tidak sepatutnya aku meraikkannya seolah-olah aku juga turut gembira kerana kejatuhan Islam pada ketika itu.

Walaupun di mata orang lain ianya hanyalah menyambut Hari Kekasih, tetapi di sebalik sambutan Valentine’s Day ianya ada sejarahnya tersendiri dimana St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Setelah sedar akan kesilapan yang pernah aku lalui sebelum ini, aku juga tidak menyambut Hari Kekasih biarpun dengan niat yang baik. Secara tidak langsung niat yang baik juga menjadi tidak baik. Ada banyak lagi hari yang lain untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang. Oleh itu, mengapa kita hendak menunjukkan rasa kasih sayang hanya pada Valentine’s Day sahaja?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: