Umair Official Birthday

Tanggal 8hb Februari 2010 anakku Muhammad Umair Darwisy dilahirkan, pada hari ini 8hb Februari 2011 genaplah usianya 1 tahun. Banyak yang telah berlaku selama 1 tahun dan banyak juga perkembangan Umair sejak lahir hingga sekarang.

Bermula dari usianya 1 hari, Umair dah boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan. Kemudian setelah Umair besar sedikit, barulah dia pandai tendang-tendang. Sampai satu ketika dia dah pandai mengiring badan. Setelah biasa mengiring, barulah dia pandai meniarap.

Apabila tulang badannya dah kuat barulah dia pandai angkat kepala ketika sedang meniarap. Sampai satu tahap Umair dah mula belajar mengesot ke belakang. Kemudian setelah beberapa lama barulah dia pandai mengesot ke depan. Bermula dari mengesot Umair dah pandai merangkak perlahan-lahan.

Setelah pandai menstabilkan diri barulah dia pandai duduk dengan sendirinya. Tak lama selepas itu, barulah Umair pandai belajar berdiri dengan memegang kerusi atau barang lain. Sampai satu ketika Umair dah tumbuh 2 batang gigi di bahagian bawah. Umair memang pantas belajar, mamanya ajar cara turun dari katil. Tiada masalah untuk Umair turun dari katil.

Kemudian Umair dah pandai bercakap walaupun tak faham apa yang cuba diperkatakan oleh Umair. Sekarang ini Umair dah pandai berdiri sendiri tanpa bantuan apa-apa dan pandai berjalan beberapa langkah. Begitu banyak perkembangan Umair sejak dari lahir hingga sekarang.

Happy Birthday Umair..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: