Pitam Ketika Solat Jumaat

Pitam dan hampir pengsan. Itulah yang berlaku pada aku ketika menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Munir. Semasa solat Jumaat aku berada dalam keadaan pitam. Apa yang aku nampak hanyalah pandangan berwarna merah sahaja.

Puncanya berlaku ketika aku sedang mendengar khutbah solat Jumaat sambil mencangkung. Ini kerana aku menahan perutku yang sakit. Ketika hendak mula solatlah ianya terjadi, seluruh pemandangan menjadi kemerah-merahan. Ditambah pula kami bersolat di luar surau yang sememangnya cuaca pada ketika itu panas terik.

Selepas beberapa kali sujud baru terasa sedikit lega. Namun setelah selesai solat Jumaat ianya berlaku semula. Aku berjalan keluar dari kawasan surau dengan teraba-raba, bergantung pada pemandangan merah hitam yang ada aku duduk di luar simpang jalan keluar masuk.

Nasib baik ada Ihsan nampak aku, dialah yang memimpin aku sampai ke kereta. Perut yang kosong boleh menyebabkan sakit perut, orang kata masuk angin. Tapi aku ada jer breakfast pagi tadi.

1 Comment (+add yours?)

  1. Hmm
    Dec 02, 2011 @ 14:58:48

    Terjadi p’kara yg sma.. Sblum solat n ktika solat..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: