Renewing Driving Licence

Dah tiba masanya untuk saya memperbaharui lesen memandu yang telah tamat pada 23hb Januari 2011. Lama juga tak renew lesen memandu, sebab last sekali saya perbaharui ialah 5 tahun yang lepas. Masa yang agak lama sampai saya sendiri lupa bila tarikh terkini hendak renew lesen memandu.

Pada tengah hari tadi, saya pergi ke JPJ Cawangan Salak Selatan. Apabila sampai di sana begitu ramai manusia yang mengerumuni JPJ. Ingatkan dah dekat Chinese New Year lenganglah sedikit, rupanya ramai banget. Apabila saya ambil nombor giliran, saya adalah pelanggan yang ke-160. WoW, tanpa banyak fikir terus saya keluar dari JPJ dan pergi ke Pejabat Pos yang terdekat.

Pejabat Pos yang terdekat ialah Pejabat Pos Cawangan Salak Selatan. Apabila saya mengambil nombor giliran, saya adalah pelanggan yang ke-10. Lega sikit bila tengok angka kecil tuh. Kalau 160, entah jam berapa la nak selesai.

Apabila sampai giliran nombor dipanggil, saya terus ke kaunter 4. Memandangkan kewangan agak meruncing, saya cuma perbaharui untuk tempoh setahun sahaja. Kalau ikutkan memang nak perbaharui sehingga 5 tahun. Tapi duit dalam wallet cuma ada RM50 sahaja.

Selesai sahaja perbaharui lesen memandu, saya berasa lega sedikit kerana tidak perlu risau akan ditahan oleh JPJ mahupun Polis. Oleh kerana sekarang musim perayaan, OPS Sikap 23 telah bermula maka banyaklah road block di sana sini. Kini saya tidak perlu risau kerana lesen memandu saya telah sah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: