Aku Jadi Mr Mama

Hari ini ialah Hari Wilayah, di mana semua pekerja yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti. Termasuklah aku kerana bekerja di Kuala Lumpur.

Oleh sebab aku bercuti maka secara automatic aku duduk di rumah menjaga Umair di rumah. Isteri pula bekerja di Serdang, Selangor memang tiada cuti. So, bermulalah aku sebagai Mr Mama macam dalam drama “Mr Mama” kat TV tuh.

Bangun pagi, Umair dah mula manja-manja peluk papanya sana sini tak mahu lepas. Papanya nak pergi toilet sekejap sahaja dah menangis. Rutin pagiku adalah memandikan Umair. Bukan main suka lagi Umair, ada saja benda yang hendak dicapai.

Selesai mandikannya, adalah masa untuk memberi makan moi (orang penang kata bubur nasi). Tapi bukan aku lah yang bagi makan, bibik Makcik Na yang bagi makan. Lupa plak nak bagitahu, tok tok, bibik dan Amir (anak makcik Na) ada kat rumah. Rumah kat Equine bukan Semenyih yer.

Aku pula ambil peluang untuk mandi, sebab Umair tak mahu berenggang dari papa kecuali waktu makan. Selesai sahaja mandi, barulah Uncle Azmi datang membawa bibik dan Amir balik. Maka tinggallah saya, Umair dan tok tok di rumah.

Umair memang kuat minum susu, habis minum susu terus bangun tak mahu tidur. Letak dalam buaian saja memang berpusing-pusing la dia kat dalam kain buaian tuh. Nak taknak terpaksa la keluarkan dia, rupanya Umair bua ‘kek’ perisa kari. Satu kerja pulak kena basuh, sabun semua.

Lepas tu kena pakaikan ‘pampers’ baru pula jadi satu masalah. Baru jer letak Umair dah bangun. Belum sempat nak pakaikan Umair dah berguling-guling sana sini sambil menangis peluk papa. Takut sangat papanya tinggalkan dia.

Setelah selesai dengan bersusah payah, barulah saya buatkan susu sekali lagi dan tidurkan Umair. Kali ini barulah dia nak tidur, tapi bukan atas buaian. Kali ini di atas katil. Agak susah juga Umair nak tidur, kira-kira jam 3.15pm baru Umair tidur. Barulah papanya dapat peluang makan tengah hari.

Lepas tu saya pun basuh pakaian kotor dan jemur di ampaian. Tapi cuaca petang tadi kurang baik kerana hujan. Nasib baik Pak Tam datang ke rumah tengok tok tok, dia pun mengangkat pakaian yang saya baru jemur. Pada waktu kejadian saya berada di tingkat atas kerana Umair dah bangun sambil menangis.

Agak lewat juga, sekitar jam 5.40pm – 6pm barulah Mama Umair balik. Maka berakhirlah tugasku sebagai ‘Mr Mama’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: