Hujan Sepanjang Hari

Hujan renyai-renyai dari pagi sampai la ke malam masih belum reda. Agak pelik cuaca pada hari ini, nak tengok matahari cerah pun susah. Keadaan di luar sentiasa mendung dan hujan sentiasa turun. Tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat kerana hujan.

Kasihan pada isteri dan Umair kerana perlu duduk di rumah sahaja, manakala saya pula ada kelas kerana pengajian untuk sesi Januari 2011 telah bermula. Nasib baik pergi kelas naik kereta, kalau naik motor memang basah kuyup jawabnya.

Pada malamnya hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai, seolah-olah tidak ada tanda yang hujan akan berhenti. Saya menerima panggilan telefon dari mak di Labuan mengatakan kampung dilanda banjir kerana di sana juga hujan tidak berhenti-henti turun. Abah di kampung pula sibuk memindahkan nenek di rumah Wak Mala kerana rumah nenek mula ditenggelami air.

Cuaca yang sejuk dan nyaman membuat kami tidak perlu memasang air-con di rumah. Jimat bil elektrik rumah. Bukankah hujan itu rahmat. Padahal air-con kat rumah memang rosak. Hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: