Umair Buat Mama Kelam Kabut

Lucunya hari ini Umair buat mamanya kelam-kabut. Mana taknya pagi sebelum pergi kerja Umair dah buat ‘kek’ perisa kari. Nak dijadikan cerita, ‘kek’ yang dibuat oleh Umair melimpah keluar dan terkena seluar mamanya yang berwarna putih. Menjerit-jerit mamanya meminta bantuan papanya.

Maka sayalah orang yang kena membasuh ‘kek’ Umair sekaligus memandikannya sementara itu mamanya pula menukar pakaian baru. Selepas Umair selesai saya mandikan, tiba masa untuk memakaikan ‘Pampers’ baru pula. Sebelum sempat mamanya memakaikan ‘pampers’ baru, Umair dah pancut pili bomba nya ke arah mama. Sekali lagi Umair terpaksa ke bilik air untuk dibasuh.

Kali ini papanya yang kena pakaikan ‘pampers’ dan baju untuk Umair. Mamanya pula dah kelam-kabut itu ini dengan gelagat Umair. Siap dah keluar rumah boleh tertinggal kad martrik semasa dalam perjalanan ke pejabat. Lucu pula bila diingat kejadian pagi tadi. Hehehe…

1 Comment (+add yours?)

  1. Saiful
    Jan 27, 2011 @ 13:52:20

    Cayalah Umair! Boleh buat selalu. Uncle tabik Spring kat Umair!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: