Kereta Baru Nono

Jumaat yang lepas, adik iparku Nono baru sahaja membeli sebuah kereta barunya (tapi 2nd ler) iaitu Proton Saga BLM. So, sempena hendak test drive kereta baru dan menguji sejauh mana jimatnya kereta ini, Nono dan hubby nya pun mengisi minyak penuh-penuh dan berjalan sampailah ke Semenyih.

Selalunya saya sekeluarga yang akan bermalam di Equine, tetapi kali ini mereka pula yang bermalam di Semenyih. Kereta Proton Saga BLM warna silver seperti kereta baru walaupun 2nd. Ini kerana owner sebelum ni cuma pakai selama 3 bulan sahaja (katanya lah). So, memang nampak macam kereta baru.

Pada malamnya kami pergi makan di restoran An Tom Yam sambil mengetest kereta baru Nono. Walaupun sendat dengan 5 orang penumpang, kereta Saga BLM cukup bertenaga mendaki bukit walaupun kereta ini adalah transmisi auto. Dari segi penjimatan petrol, saya tidak boleh buat perbandingan dan ukuran buat masa ini kerana tangki minyak masih penuh dan masih dalam proses pemantauan.

Sampai di restoran An Tom Yam, kami order secara ala carte. Semuanya dibelanja oleh Afiq iaitu birasku. Sampai di rumah Afiq sibuk survey seluruh pelusuk Bangkok dengan map yang baru dibeli kerana minggu depan mereka akan melancong ke Bangkok. Nono pula sibuk bermain dengan Umair. Apabila ramai orang di dalam rumah rasa macam ceria sedikit rumah yang selalunya hanya diduduki oleh kami bertiga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: