Melawat Tok Tok di Hospital Pantai, Bangsar

Petang tadi saya sekeluarga pergi melawat Tok tok di Hospital Pantai, Bangsar. Plan asal hendak konvoi bersama Afiq dan Nono, tetapi memandangkan pada waktu yang dijanjikan, kami masih berada di Tesco untuk membeli barang keperluan maka terpaksalah kami pergi sendirian.

Tok tok yang memang kerap mengadu sakit lutut akhirnya membuat pembedahan di Hospital Pantai, Bangsar. Apabila sampai di Hospital Pantai, kami terpaksa menunggu sementara Tok tok di tukarkan ke wad dari ICU. Tok tok yang baru sahaja membuat pembedahan lututnya kelihatan agak lemah dan kurang bermaya. Mungkin kerana penangan pain killer agaknya. Ramai yang melawat Tok tok pada hari ini. Di antaranya ialah keluarga Pak Anjang, keluarga Makcik Na dan keluarga Mak Teh.

Setelah lama melawat, saya sekeluarga berserta Afiq dan Nono pun balik. Sebelum balik ke rumah kami pergilah makan malam di gerai Nasi Lemak Panas di Petaling Jaya. Memang panas dan membakar sebab sambalnya pedas. Setelah kenyang makan barulah kami membawa haluan masing-masing. Saya sekeluarga balik ke Semenyih manakala Afiq dan Nono balik ke Seri Kembangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: