Mencari Kunci Yang Hilang

Seperti biasa, saya sekeluarga akan balik ke rumah kami di Semenyih. Akan tetapi berlaku sesuatu yang tidak dijangka sebelum kami dapat balik, iaitu kunci kereta Satria missing in action. Kunci kereta yang biasa saya letakkan di tempatnya hilang entah ke mana. Puas pusing keliling di dalam rumah mencari dari tingkat bawah ke atas tetapi hampa.

Apabila diingat semula kali terakhir kunci tersebut diguna adalah semasa balik dari Sunway Pyramid selepas menyambut birthday wife saya. Memang hairan bagaimana boleh hilang kerana saya begitu yakin memang saya letakkan di tempat lazimnya. Saya, wife, Afiq dan Nono sama-sama mencari kunci di merata tempat.

Bukan saja puas, penat semua ada. Apabila semua orang telah penat maka masuklah bab emo dan marah. Wife saya dah mula marah dan menyalahkan saya kerana sayalah orang terakhir menggunakan kunci kereta tersebut. Saya terpaksa bersabar kerana saya yakin mesti ada orang yang mengambil atau mengalihkan kunci tersebut.

Sampai satu ketika Nono bercerita bahawa dia ada mengambil kunci kereta di tempat yang selalu simpan. Maka tekanan yang ada dituju kepada Nono kerana dia pernah mengambilnya. Afiq pula menyuruh Nono berfikir bila dan dimana kali terakhir kunci tersebut diletakkan. Nono pula semakin emo dan bermasam muka kerana dia pula seperti dipersalahkan. Tetapi katanya dia memang letakkan semula di tempat biasa.

Maka bermula pula episod mencari kunci, sehingga terpaksa telefon orang yang pernah datang ke rumah pada hari ini. Setelah telefon Ihsan, katanya tidak pernah ambil dan tidak ada dalam simpanan. Kemudian , telefon pula Pak Tam orang yang meminjam kereta Savvy. Keadaan menjadi bertambah hot, apabila wife saya berulang kali menyebut saya adalah orang last sekali memakai kereta. Nasib baik Bapa Mertua ada di rumah, kalau tidak tak tahulah apa yang berlaku.

Setelah diselidik dan telefon semula Pak Tam, barulah kami realize yang kunci tersebut Pak Tam bawa bersama ketika keluar. Semua teka-teki kehilangan kunci kereta terjawab setelah mendapat pengakuan dari Pak Tam yang pada ketika ini sedang menghantar Tok tok. Pada ketika ini, barulah reda ketegangan yang ada. Afiq pula mula memujuk Nono yang pada mulanya seperti dipersalahkan.

Di pihak saya pula seperti tidak ada apa yang berlaku, seolah-olah tiada siapa yang bersalah atau dipersalahkan. Walaupun pencarian kunci kereta telah berakhir, saya masih dalam keadaan marah ditambah pula penat mencari kunci yang sememangnya tidak ada di dalam rumah. Pak Tam tu pun satu, dah ambil kunci tak beritahu orang.

Kami akhirnya balik menggunakan kereta yang dipinjamkan Afiq, kerana hari sudah lewat malam. Kalau hendak menunggu Pak Tam balik ada la dalam 30 – 40 minit. Kemudian ditambah pula perjalanan balik rumah dalam 40 – 50minit. Silap-silap jam 2 pagi baru sampai rumah.

2 Comments (+add yours?)

  1. Saiful
    Jan 18, 2011 @ 19:06:34

    Jangan marah-marah, nanti kena jual🙂

    Reply

    • sufri82
      Jan 19, 2011 @ 11:07:43

      Saiful,

      Saya mungkin tak marah kalau tidak dituduh melulu
      Situasi pada waktu tu memang sedikit tegang ditambah pula anak menangis nak tidur
      Sabar jer lah waktu tu..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: