Happy Birthday Honey

Hari ini saya berserta wife, Umair, Afiq, Nono, Ihsan, Mahizam dan Kimi pergi ke menyambut ulang tahun isteri saya di restoran Jepun iaitu Shogun. Restoran tersebut terletak di Sunway Pyramid. Walaupun birthday wife saya ialah 16hb, tetapi kami sambut sehari awal kerana ada plan lain yang hendak dibuat pada keesokan harinya.

Kami sampai di Restoran Shogun pada waktu tengah hari, so maknanya makan tengah hari terus lah. Berbagai jenis makanan Jepun kami nikmati dan ada juga makanan barat dan juga beberapa makanan local. Saya pula memulakan dengan beberapa jenis sushi yang mempunyai pelbagai nama bermula dari unagi (my feveret) sehingggalah yang saya tak tahu namanya.

Umair pula hanya dapat makan buah-buahan kerana dia masih kecil. Setelah lama pusing-pusing survey makanan barulah nampak ada bubur nasi seafood. So, dapatlah Umair makan bubur. Puas makan seafood, saya beralih kepada dessert iaitu Ais Krim dan Shark Fin Soup. Pau ala ala Dim Sum juga tidak terkecuali, comel dan kiut miut rupanya. Macam rasa sayang pula nak makan.

Setelah selesai makan, kami pun beredar untuk menghadamkan perut yang telah kenyang dengan berjalan pusing keliling seluruh Sunway Pyramid. Umair pula kami masukkan ke dalam trolley permainan, bukan main suka lagi Umair bagaikan dia yang sedang memandu trolley mainan.

Setelah penat dan jam sudah menunjukkan 5.30pm kami pun balik lah ke rumah. Wife saya pula dah mula pening kepala kerana banyak sangat makan seafood. Kolestrol tinggi kot, maybe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: