Aktiviti Mengecat Rumah

Kalau dahulu saya mengecat di luar rumah, kali ini saya mengecat di dalam rumah. Apabila melihat jiran tetangga yang berhampiran mempunyai pembaharuan di kediaman masing-masing, saya juga mengimpikan perkara yang sama. Setiap orang yang mempunyai rumah sendiri pasti akan terfikir untuk mencantikkan rumah sama ada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.

Tatkala melihat satu persatu jiran sebelah-menyebelah renovate rumah masing-masing. Hanya rumah saya sahaja yang dilihat masih standard seperti baru beli dari pemaju perumahan. Niat di hati memanglah ada, akan tetapi ongkosnya ngak ada. So, saya buatlah secara kecil-kecilan iaitu mengecat rumah.

Orang yang paling beria-ria hendak mengecat rumah ialah isteri saya. Dialah yang keluar duit membeli cat dan sayalah orang yang perlu menjalankan aktiviti mengecat ni. Banyak pula duit isteri saya ni, siap beli cat mahal lagi. Nippon Paint color purple, apa yang menarik cat ini tidak mengeluarkan bau cat yang tidak menyenangkan. Malah siap ada bau wangi lagi, apa orang putih kata Odorless.

Aktiviti mengecat saya lakukan di sebelah malam, bermula dari ruang tamu sehinggalah ke bilik Master Bedroom. Pada malam Sabtu saya mengecat di bahagian ruang tamu dan disusuli bilik Master Bedroom pada malam Isnin. Oleh kerana cat yang ada tidak mencukupi, maka hanya 2 dinding sahaja yang dapat dicat di dalam bilik Master Bedroom. Selebihnya mungkin perlu tambah 1 atau 2 liter lagi.

Penat mengecat bukan kerana penatnya badan, tetapi perlu bersabar dan teliti ketika mengecat. Risau ada bahagian-bahagian tertentu yang masih tidak dicat sepenuhnya. Alhamdulillah, semuanya selesai dan nampak lebih cantik. Nasib baiklah tidak ada bau cat yang tidak menyenangkan, maka dapatlah tidur dengan lena.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: