Server IBM Yang Membingungkan

New technology, macam-macam karenah dan masalah yang dihadapi. Bermula dari hendak install dan setup sehingga la ke pemasangan driver. Adalah sebuah server yang agak canggih ler jugak, baru jer dibeli. Brand IBM model BladeCentre H, canggih punya la canggih sehingga aku sendiri terpaksa mencanggihkan ilmu di dada untuk mengadap server blade ni.

Bermula masalah ketika hendak membuat pemasangan OS, dimana aku perlu membuatkannya sebagai RAID 1 iaitu Mirror. Setelah puas membelek-belek rupanya ianya tidak memerlukan driver, hanya setup pada BIOS. Kawan yang ada pun satu, taknak habaq awai-awai. Menyusahkan aku jer.

Pastu semasa installation bermula, aku setup secara local iaitu perlu keluar masuk ke Data Centre. Masuk sejuk, keluar jer panas itulah Data Centre. Rupa-rupanya ada satu lagi cara paling mudah untuk membuat setup iaitu secara remote. Tidak perlu susah-susah mengadap konsol, hanya duduk di depan PC dan buat setup OS. Wow, satu perkara baru buat aku, yang ini pun kawan taknak habaq awai-awai dah menyusahkan aku buat kali kedua.

Selepas selesai buat installation, aku cuma perlu tinggalkan dan biarkan ianya selesai. Hari pun dah lewat, aku cuma perlu sambung pada hari Isnin. Penat pun ada, tension pun ada, macam-macam ada. OS tak pasang lagi dah boleh remote server!! Satu perkara baru buat aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: