Hari Pertama Bekerja di Tahun 2011

Hari pertama datang kerja, dah pun lewat. Saya sampai di pejabat sekitar jam 9am. Nampaknya azam tahun ni sukar untuk dikotakan. Sampai sahaja di pejabat, ramai staff yang belum sampai dan ada yang masih bercuti. Ada juga yang mengambil cuti separuh hari kerana menghantar anak ke sekolah buat pertama kali.

Berbeza seperti tahun sebelumnya apabila sampai di pejabat saya akan breakfast dahulu, tetapi pada tahun ini sampai sahaja di pejabat saya terus buat kerja. Breakfast saya agak lewat iaitu pada jam 11am. Oleh sebab itu saya tidak keluar makan tengah hari.

Di sebelah petang pula saya sibuk memasang antivirus baru iaitu Panda. Dari segi tertentu Panda Antivirus ada banyak kelebihan berbanding dengan Symantec. Keberkesanan mengesan virus, trojan dan worm lebih baik berbanding dengan Symantec. Saya buat perbandingan ini kerana PC yang dipasang Symantec tidak mengesan apa-apa virus seolah-olah PC tersebut clean and safe. Tetapi apabila Panda Antivirus dipasang pada PC yang sama, bermacam-macam jenis virus dapat dikesan dan sebahagian besarnya dapat di bersihkan.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah percubaan selama sebulan. Saya memasangnya untuk mendapat feedback dari user dan keberkesanannya. Sekiranya ianya bagus, berkemungkinan pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk membuat pembelian baru.

1 Comment (+add yours?)

  1. saifulazrul
    Jan 07, 2011 @ 10:07:45

    Sufri kena ambik WP1 dan WP2 sahaja… Hehehe…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: