PAPAGO! R6600

Salah seorang adik ipar saya berhajat untuk membeli sebuah PC desktop yang agak power. Tujuan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk bermain PC Game. Kalau dah tujuan untuk Game sudah tentulah ianya cukup berkuasa dan tahan lama. Mat Salleh kata Powerfull and Long Last.

So, saya dan adik ipar ni pun pergilah ke Low Yat Plaza untuk membeli PC yang diidamkan. Mengikut cara saya, adalah lebih baik beli PC clone berbanding dengan PC branded. Ini kerana user boleh memilih setiap peralatan yang terbaik dari semua segi.

1st thing first, kena la rujuk harga yang ada pada list harga di setiap kedai. Kedai feveret adalah dalam 5 buah, saya ambil setiap satu list untuk dibuat perbandingan. Setelah dikira tambah itu tambah ini, harganya boleh membuatkan orang fikir 100x. High performance and Long Last, itulah moto saya apabila hendak membeli PC dan takkan obselete dalam masa 5 ke 7 tahun.

Pelaburan yang besar untuk jangka panjang. Pada mulanya hendak berhutang dengan kad kredit, setelah ditimbang kira adalah lebih baik beli cash dan tidak berhutang. Dalam masa yang sama wife adik ipar dah bising kerana “Abe kesayangan hilang” ketika dia baru bangun tidur. So, untuk tidak tergesa-gesa, kami hold dahulu pembelian PC tadi dan beralih kepada gadget lain iaitu GPS.

Terdapat bermacam-macam brand GPS yang ada di pasaran, Garmin, Papago, WayWay, myGPS dan sebagainya. Of course la yang terbaik adalah brand Garmin, tetapi harganya juga boleh tahan. So, kami beralih kepada option yang lebih murah harganya. Setelah dibelek-belek setiap satu model, maka Papago R6600 menjadi pilihan kalbu.

Harganya tidaklah terlalu mahal dengan spesifikasinya cuma RM799 sahaja. Berbanding dengan brand Garmin, mana boleh dapat harga tersebut for sure mesti cecah ribuan ringgit. Papago adalah GPS buatan Taiwan, pada saya lebih baik Taiwan daripada China. Selesai sahaja membuat pembelian kami pun balik ke rumah dengan bantuan GPS. Test power la katakan, memang best setiap perjalanan simpang dan kamera speed trap diberitahu. Tidak sia-sia beli GPS Papago, janji tidak balik dengan tangan kosong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: