Here I Come 2011

1.1.11 adalah tarikh pendek bagi 01 Januari 2011. Cantik apabila dilihat sekali imbas. Tahun baru, azam pun baru. Itulah yang selalu orang ungkapkan apabila tiba tahun baru. Semua orang berazam untuk membuat yang terbaik di dalam hidupnya. Mempunyai matlamat yang jelas dan tidak juga ada yang masih meneruskan azam pada tahun lepas.

Saya pula seperti orang lain juga mempunyai azam yang baru pada tahun ini.

Pertama : Datang kerja awal, ini kerana saya sering lewat ke pejabat pada tahun lepas. Alasan standard rumah jauh.

Kedua : Menjaga solat 5 waktu sehari semalam, ini kerana saya selalu miss solat selama ini. Sebagai umat Islam saya tidak sepatutnya lalai.

Ketiga : Artikel blog 3 kali seminggu, ini kerana blog saya dah genap 2 tahun dan masuk tahun ke-3. So, tahun ketiga kenalah ada artikel 3x seminggu. Barulah blog saya nampak menarik.

Keempat : Belajar dengan bersungguh-sungguh, ini kerana pengajian saya di OUM semakin lama semakin mencabar. Walaupun nampak mudah, tetapi tidak boleh dipandang ringan.

Kelima : Membimbing keluarga dengan ajaran Islam. Macam mana nak bimbing keluarga kalau solat 5 waktu masih belum lengkap. So kenalah berusaha cukupkan solat 5 waktu terlebih dahulu.

Azam tahun lepas? entahlah, saya pun dah lupa sama ada saya ada tulis atau tidak di dalam blog saya ni. Akan tetapi saya akan cuba membuat yang terbaik untuk keluarga setidak-tidaknya, saya berazam untuk diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: