Imbasan 2010

Dikala orang lain sibuk menunggu detik tahun baru 2011, mendengar nyanyian artis di Dataran Merdeka dan melihat pertunjukkan bunga api tatkala jam genap 12am. Saya dan isteri berserta anakku Umair hanya duduk di rumah melihat siaran langsung sempena menyambut detik tahun baru 2011 di kaca televisyen.

Selesai sahaja, televisyen mengumumkan tahun baru 2011, kami pun masuk tidur. Sebelum tidur, saya mengimbas kembali apa yang telah berlaku sepanjang hidupku di tahun 2010. Bagaikan orang yang sedang bermuhasabah, saya imbas satu persatu sejarahku baik yang manis mahupun yang pahit.

Apabila difikirkan yang manis, anakku Muhammad Umair Darwisy adalah anugerah Allah yang diberikan kepada keluargaku sebagai penyeri di dalam hidup saya dan isteri. Saya cukup sayangkan Umair, segala penat lelah selama menjaganya tidak pernah aku anggap sebagai beban. Malah segala penat, susah dan payah bertukar menjadi satu perasaan yang sangat gembira tatkala melihat anakku yang comel dan manja.

Apabila difikirkan yang pahit, terlalu banyak dan pedih hati ini untuk mengungkap satu persatu. Bermula dari masalah kewangan, masalah keluarga dan tidak kurang juga masalah di tempat kerja. Semuanya pahit-pahit belaka, apabila difikirkan kembali mungkin ini semua adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan hamba-hambaNya.

Tatkala ada sahaja masalah timbul, Umairlah yang akan memecahkan suasana dan menggembirakan aku. Telatah Umair yang mencuit hati menghilangkan resah dan gelisah. Aku bersyukur dengan adanya Umair, hidup keluargaku lebih berseri-seri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: