Berkelah di Sungai Congkak

Plan berkelah di Sungai Congkak dicadangkan oleh ipar dan biras saya. So, sebulat kata menyatakan hendak pergi berkelah di sana. Ramai yang pergi termasuklah sepupu-sepapat isteri saya yang datang bercuti sempena cuti sekolah.

 

Dikesempatan itu, kami semua pun pergi lah ke sana dengan 2 buah kereta. Lebih kurang jam 11.30am kami sampai di sana. Tidak ramai pengunjung pada hari ini, maka kami dapatlah memilih tempat yang selesa dan dekat.

 

Kami membuat barbeque ayam dan ubi bakar. Banyak jugak ayam yang dipanggang. Di samping itu, ada makanan yang lain iaitu nasi lemak, sandwich, keropok dan minuman berkarbonat.

 

Saya dan biras pula menyediakan dapur arang untuk dibakar. Sedap rasa ayam yang dipanggang, kerana 1 malam ayam tersebut di’marinate’, so rasanya memang sedap sehingga masuk ke dalam isi. Mana tidaknya, biras saya bekas Chef, memang kerja dia la membuatkan ayam yang dipanggang sedap sehingga menjilat jari. Pendek kata Marvelous.

 

Selesai membakar beberapa ketul ayam saya pun join dengan yang lain untuk mandi sungai. Umair juga tidak terkecuali untuk mandi sungai, Umair paling suka mandi sungai. Walaupun air sungai begitu sejuk, Umair tetap maintain macam biasa. Kaki dan tangan Umair sentiasa bergerak-gerak seolah-olah hendak berenang.

 

Bermacam-macam gaya dan aksi kami lakukan di dalam sungai. Bertanding menahan nafas dalam air, membuat tugu negara, ada yang bertapa (konon la) dan bermacam-macam lagi.

 

Lebih kurang jam 2.45pm kami mula balik kerana hari telah mula hujan. Nasib baik kami cepat balik, kalau tidak memang basah la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: