When Server Don’t Have Maintenance…

Sebagai seorang Juruteknik Komputer memang menjadi tanggungjawab saya untuk menyelenggara komputer tidak kira sama ada ianya adalah PC mahupun Server. Tetapi ada batas-batas tertentu di mana hanya tertakluk di bawah jagaan saya sahaja. Which is di bawah naungan unit saya iaitu UPDS (Unit Pangkalan Data dan Sistem).

Dipendekkan cerita ada la sebuah server yang mana di bawah jagaan unit lama saya iaitu UASP (Unit Aplikasi dan Sokongan Pengguna) rosak entah kenapa, mungkin tidak dibuat maintenance kot (saya rasa jer, bukan tuduh). Kerosakan pada server tersebut agak teruk kerana ketiga-tiga hard disk tersebut di set kan menggunakan RAID 5.

Sekiranya hanya sebuah sahaja yang rosak, ia tidak menjadi masalah kerana boleh di’swap’ sebuah sahaja hard disk yang rosak. Akan tetapi dalam kes ini 2 buah hard disk yang rosak. Ini menyebabkan RAID itu sendiri tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya.

Ditambah pula masalah, ada fail-fail penting jabatan milik salah seorang kerani kami berada di dalamnya. Bertambahlah kacau-bilau UASP bila dapat tahu betapa kritikalnya kerosakan dan kehilangan data di dalamnya.

Seperti biasa, unit saya dijadikan tempat untuk melepaskan marah dan dalam kes ini “Kambing Hitam”. Saya katakan kambing hitam kerana Ketua UASP hendak meletakkan kesalahan tersebut pada UPDS kerana alasannya server tersebut di berada di dalam Data Centre. Which is Data Centre di bawah jagaan UPDS.

Padahal server tersebut hanya menumpang rack sahaja. Pemantauan dibuat oleh kakitangan UASP yang menjaga server tersebut. Access ke server tersebut pun kami tidak ada, inikan pula hendak bertanggungjawab ke atas server tersebut.

Bak kata Boss saya, “Jaga Sebiji Server Pun Tak Boleh, Inikan Pula …..” (censored). Apa yang menghairankan kakitangan yang menjaga server tersebut tidak pula dimarah oleh ketuanya. Kalau disebabkan server tersebut berada di dalam rack Data Centre dijadikan alasan, baik server tersebut dikeluarkan dari rack.

Bukan kami tidak tahu apa isi kandungan di dalam server tersebut. Banyak fail peribadi dari fail kerja yang sepatutnya. Cuma kami di UPDS masih berlapik lagi dalam menjaga hubungan supaya tidak ada kakitangan yang tertindas. Apa nak jadi la, ini baru sebiji server yang rosak. Macam mana kalau banyak lagi server yang rosak? Haru biru kot jabatan aku ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: