Majlis Menyambut Menantu ‘Aisyah’

Majlis Menyambut Menantu baru sahaja berlangsung tengah hari tadi. Kalau ikut adat orang di Semenanjung Malaysia, kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan akan membuat Majlis Bersanding. Akan tetapi di Labuan kebiasaannya Majlis Menyambut Menantu dibuat secara sederhana tanpa ada pentas pelamin untuk disanding. Cuma ada sedikit jamuan seperti kenduri.

Akan tetapi jika yang kahwin adalah perempuan, maka akan adalah Majlis Bersanding seperti lazimnya. Disebabkan di dalam keluarga adik-beradik saya semuanya lelaki, maka semuanya akan membuat Majlis Menyambut Menantu. Ini kerana Majlis Bersanding telah dibuat di sebelah pihak perempuan.

Majlis dibuat secara sederhana, catering ditempah untuk 400 orang tetamu. Walaupun yang hadir lebih dari 400, nak buat macam mana dah diorang semua bawa anak-beranak dan jiran-tetangga. Setelah majlis berakhir, makanan masih banyak yang tidak habis. Mungkin kerana keluarga saya juga ada masak untuk menambah lauk supaya dapat dipelbagaikan.

Pada malamnya, kami buat parti barbeque khas buat keluarga terdekat dan keluarga sebelah pihak perempuan. Menu terbaik adalah Ayam Percik, Ikan Bakar dan Nasi Goreng Istimewa. Kenapa istimewa? Kerana ianya ‘Secret Recipe’. Hehehe…

5 Comments (+add yours?)

  1. saiful
    Dec 07, 2010 @ 17:39:10

    Nanti nak test… Bawak bekal mai pejabat, letak atas meja saya…

    Reply

  2. Saiful
    Dec 09, 2010 @ 17:27:49

    La kalau dah habis pun, bukan tak boleh buat lagi…

    Reply

  3. saiful
    Dec 12, 2010 @ 01:00:12

    Alasan…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: