Balik Labuan Lagi

Sebelum nie balik Labuan masa Raya Puasa dengan MAS. Hari ini balik Labuan dengan Air Asia kerana hendak menghadiri Majlis Menyambut Menantu iaitu isteri kepada adikku Hafizal yang baru berkahwin baru-baru ini. Saya dan isteri berserta Umair balik bersama untuk menjayakan Majlis ini.

Apa yang saya hendak cerita tersangatlah panjang, walaupun ianya cuma berlaku dalam 1 hari. Detik cemas bermula diawal pagi, dimana saya lewat bangun untuk bersiap ke LCCT. Saya bangun jam 6 pagi padahal flight saya ialah 7.45 pagi. Dengan pantas bergegas mandi lebih kurang dan packing barang siap masukkan dalam kereta. Tepat jam 6.30 pagi kami mula bertolak ke LCCT.

My father-in-law yang drive hantar saya sekeluarga ke LCCT, sebab nanti dia drive balik kereta balik rumah. Kalau tinggal kat airport, mahal plak nak bayar parking. Saya sekeluarga sampai di LCCT jam 7.05 pagi, adik saya Hafizal dah berkali-kali telefon dan beritahu Gate Open pada jam 7.05 pagi. Saya pula terpaksa sorong beg dan barang di atas troli ke hulu hilir untuk mencari kaunter Check-in ke Labuan.

Berkali-kali saya lihat tidak ada nama ‘Labuan’ di mana-mana screen kaunter. Adakah aku sudah terlepas flight? Adakah tiket kapal terbang aku dikira ‘Burn’? Tanpa banyak fikir terus aku ke kaunter ‘Kuching’ untuk bertanya tentang penerbangan ke Labuan. Soalan pertama saya “Tumpang tanya, flight ke Labuan masih dibuka atau tidak?”. Tanpa banyak soal terus petugas Air Asia terus menaip dengan pantas untuk memeriksa status penerbangan kami. “Masih dibuka, berikan saya MyKad encik untuk check-in”, tanpa banyak soal saya pun hulurkan MyKad saya dan isteri dan MyKid anak saya Umair.

Kemudian saya ke bahagian check-in bagasi. Dua buah beg saya masukkan ke dalam kargo, manakala yang lainnya saya bimbit. Ketika hendak ke balai pelepasan, boarding pass Umair tercicir semasa saya kelam-kabut ke hulu-hilir. Alamak, satu hal pulak jadinya. Worst case Umair nanti tak boleh naik kapal terbang. Maka terpaksalah saya kembali semula ke kaunter check-in untuk meminta petugas terbabit untuk reprint semula boarding pass Umair. Petugas terbabit tanpa banyak soal cetak semula boarding pass Umair. Kemudian saya berlari semula ke balai pelepasan untuk menaiki kapal terbang.

Kemudian kami ke row F103 untuk menaiki kapal terbang ke Labuan. Punyalah jauh kapal terbang ni parking, terpaksalah saya berjalan lari-lari anak sambil membimbit 2 beg di tangan kiri dan kanan. Apabila saya, isteri dan Umair masuk ke dalam kabin kapal terbang, barulah saya dapat menarik nafas lega. Akhirnya kami dapat juga balik ke Labuan.

Di dalam kapal terbang, saya dan isteri duduk di tempat duduk paling depan sekali iaitu No. 1 kerana penumpang yang sepatutnya duduk di situ tidak ada. Nasib baiklah, kalau tidak sorang kena duduk di seat 2B dan sorang lagi kena duduk di seat 28C. Letih akibat dari kelam-kabut masih tidak hilang, kerana Umair asyik hendak bermain-main di dalam kapal terbang. Saya dan isteri terpaksa bergilir-gilir melayan karenahnya.

Moral of the story, jangan lambat bangun tidur. Thanx to petugas Air Asia, you all punya servis memang pantas dan mesra penumpang (macam pelik jer bunyi penumpang?).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: