Yonex ArcSaber 10

Raket badminton Yonex ArcSaber 10 adalah salah satu daripada raket badminton yang dipakai oleh Taufik Hidayat dan Datuk Lee Chong Wei. Pada waktu lunch hour saya keluar sebentar bersama seorang rakan untuk membetulkan raket badmintonnya di kedai sukan sekitar Bandar Tasik Selatan.

Ketika masuk ke kedai itu, maka ternampaklah 2 buah raket badminton iaitu Yonex ArcSaber 10 yang tertera nama Taufik Hidayat dan Lee Chong Wei. Uncle di kedai meng’offer’ kami dengan harga RM350 setiap satu, walhal market price raket tersebut ialah RM900. Uncle tersebut berkata lagi, raket tersebut dijual kepadanya oleh seseorang yang sedang memerlukan wang dengan segera. Sebab itu harganya murah dari biasa. Apa yang pasti kedua-dua raket tersebut baru, siap dengan kotak dan plastik lagi.

Duit dalam wallet ada RM500, Hhmmm.. kemudian kami keluar makan tengah hari di kedai mamak berhampiran sambil memikirkan raket tersebut. Setelah habis makan tengah hari, kami ke kedai tersebut untuk mengambil raket rakan yang telah dibaiki. Apabila saya bertanyakan tentang raket tadi, ianya baru sahaja di ‘book’. Aduh.. melepas nak pakai raket mahal.

2 Comments (+add yours?)

  1. Saiful
    Dec 01, 2010 @ 10:29:56

    Dah beli?

    Jom main badminton…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: