My Wira Breakdown

Belum pun kereta Satria milik isteriku siap dibaiki, kereta Wira ku pula bermasalah. Dimana keretaku breakdown tidak boleh bergerak ketika isteriku memandu pulang dari kerja. Ianya berlaku di persimpangan lampu isyarat Sunway Semenyih.

Aku yang berada di pejabat terpaksa bergegas ke sana bersama kawanku Dol untuk melihat keadaan keretaku. Walaupun cuaca hujan tidak berhenti-henti, aku teruskan juga sehingga ke tempat kejadian.

Sampai di sana, aku lihat bapa mertuaku baru sahaja sampai untuk melihat keadaan. Apabila aku sampai, bapa mertuaku menyerahkan kepadaku untuk aku uruskan sementara bapa mertuaku dan isteriku pergi mengambil Umair di Taska.

Dalam keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai dan agak gelap. Tidak banyak yang boleh kulakukan untuk memeriksa keadaan keretaku. Apa yang boleh aku buat ialah menunggu mekanik yang telah aku telefon sejak dari petang sampai.

Apabila mekanik telah sampai, kami terpaksa menolak kereta ke tepi simpang untuk mengurangkan kesesakan yang telah memang sedia sesak. Setelah diperiksa, clutch mempunyai masalah. Kerosakan yang memang tidak boleh dibaiki on the spot.

Mahu atau tidak terpaksa la towing ke bengkel mekanik tersebut. Jauh pula tu, dekat kawasan Balakong. Aku pula tidak ada option lain, kerana hari sudah pun malam. So, terpaksa la aku menunggu tow truck sampai. Selepas keretaku di tow sehingga ke bengkel, servis tow RM90 perlu dibayar.

Sekarang aku terpaksa menunggu pula diagnosis dari mekanik pada keesokan hari. Entah berapa pula kos yang perlu dibayar. Inilah yang dinamakan double trouble, atau bahasa Melayunya ialah “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga”. Harap-harap jangan la motorsikalku pula buat hal. Amin..

 

2 Comments (+add yours?)

  1. Saiful
    Nov 29, 2010 @ 18:27:29

    Saya pun ada masalah aircond. Apatah nama komponen tu. Kecik ja tapi sampai RM480. Tak masuk service aircond lagi… Boleh botak kepala fikir maintenance kereta Malaysia ni…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: