Motorsikal Italy vs Japan

Italian bike vs Japanese bike? Di Malaysia, ramai orang akan bertanya “Motorsikal yang mana lagi Power?”. Jarang sekali orang bercakap tentang maintenance. Ini kerana rata-rata pengguna motorsikal di Malaysia ni sememangnya gila kuasa. Baik dari budak-budak yang baru dapat lesen B2 sehinggalah geng-geng motor berkuasa tinggi.

Kalau motor berkuasa rendah yang mana orang Malaysia kat ‘Kapchai’, kebiasaannya motor mereka diubahsuai secara extreme. Korek blok, tanam toyol dan sebagainya adalah ayat simbolik kepada ubahsuai yang telah dibuat. Motorsikal seperti ini kebiasaannya dimiliki oleh Mat Rempit. Tak kisah la sama ada motorsikal tu dibeli dengan duit sendiri atau duit mak bapak ataupun motorsikal itu dicuri.

Manakala motorsikal berkuasa tinggi pula, saya katakan juga gila kuasa kerana ada juga membuat ubahsuai tetapi secara legal. Ini kerana banyak aksesori untuk motorsikal berkuasa tinggi yang mana ianya boleh dipasang dengan mudah atau add-on. Perkara biasa yang diubahsuai ialah plate number yang ditanggalkan tapaknya dan digantikan dengan sticker. Ekzos dan paip ditukar untuk meningkatkan kuasa kuda dan mendapatkan bunyi deruman ekzos yang merdu. Selain itu ada juga orang yang bernambah piggyback seperti Power Commander. Ianya digunakan untuk meningkatkan kuasa kuda ke tahap yang lebih extreme.

Apa yang saya hendak ceritakan ialah berkenaan dengan maintenance motorsikal Italy dan Japan. Kenapa saya buka artikel seperti ini? Ada la seorang kawan yang tengah sibuk survey motorsikal yang mana kalau boleh janganlah berupa kapchai. So, terfikir la pulak di dalam kepala yang mana saya pernah menunggang motorsikal Italy dab Japan.

Atas dasar kemampuan maka ada 2 jenis motorsikal yang dirasakan mampu milik iaitu Cagiva Mito dan Aprillia RS dari Italy. Manakala dari Jepun ialah Kawasaki Ninja 250R. Jika dibuat perbandingan dari segi spesifikasi seperti tidak adil, kerana kedua-dua motorsikal adalah dari kelas yang berlainan. Kawasaki berkuasa 250cc dengan enjin 4 lejang, manakala Aprillia dan Cagiva pula 125cc dengan enjin 2 lejang.

Perbandingan dibuat atas dasar harga, kerana kedua-duanya mempunyai harga yang lebih kurang. Tetapi jika dilihat dari segi performance kedua-dua jenis model ini mempunyai keupayaan kelajuan yang memberangsangkan. Setakat 180km/j cukup laju untuk menyusur di lebuhraya yang ada di Malaysia khususnya di Selangor.

Pada pandangan saya, apa yang penting ialah maintenance motorsikal itu sendiri. Tidak gunalah motorsikal power dan laju macam mana sekali pun tetapi maintenance yang diperlukan tinggi mengalahkan motor superbike. Memang terdapat banyak faktor lain, tetapi ini adalah untuk jangka panjang.

Sekiranya duit bukan ler masalah besar, maka belilah motorsikal buatan Italy. Tak kisah la Aprillia atau Cagiva. Tetapi kalau anda tidak mahu pening kepala belilah motorsikal buatan Japan iaitu Kawasaki. Kenapa Italy? Kenapa Japan? Apa sebabnya? Kalau pilih Japan, Italy tak bagus ker? Kalau pilih Italy, Japan tak bagus ker?

Terdapat Pro dan Con apabila memilih 2 jenis motorsikal yang berbeza kriteria dan kelas itu sendiri. Seperti saya cakap tadi, perbandingan dibuat adalah kerana faktor harga yang lebih kurang  dan keupayaan yang lebih kurang sama.

Sekiranya duit bukan masalah maka belilah buatan Italy. Kenapa Italy? Ini kerana barang buatan Italy agak mahal dari segi maintenancenya. Baik dari segi spare part mahupun penjagaannya. Barang original kebiasaanya perlu di’order’ terlebih dahulu. Kebanyakan part tertentu tidak ada di dalam simpanan stok, ini kerana harganya yang mahal.

Sekiranya anda memerlukan maintenance dan penjagaan yang minima. Maka motorsikal buatan Japan adalah pilihannya. Ini kerana kebanyakkan spare part agak murah dan mudah didapati di pasaran Malaysia. Kebanyakannya mempunyai simpanan stok. Lebih-lebih lagi motor 4 lejang seperti Kawasaki Ninja 250R memerlukan maintenance yang agak rendah. Berbanding motorsikal 2 lejang yang memerlukan penjagaan yang rapi.

Kedua-duanya mempunyai Pro dan Con masing-masing, tetapi setiap pilihan adalah subjektif. Sekiranya kedua-dua motorsikal sama ada Italy mahupun Japan dijaga dengan baik, ianya mampu bertahan lama. Apa yang penting ialah servis mesti on-time.

 

 

1 Comment (+add yours?)

  1. Ina
    Nov 25, 2010 @ 15:12:21

    haha…aku g jalan ngn family daaa….tak nak la riuh..ko pun jgn kepoh tau…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: