Apabila Pekerja IT Terputus Network/Internet

Apa yang akan dilakukan oleh pekerja IT apabila terputus capaian internet? Maka mereka ini tidak dapatlah membuat kerja seperti biasa kerana kebanyakan memerlukan internet sebagai sumber dan wadah. Tatkala ini, pekerja IT yang paling sibuk ialah dari Unit Rangkaian atau Network. Mereka inilah yang paling sibuk untuk mengembalikan kepada keadaan asal.

Apabila network dalaman sendiri menjadi masalah, maka pekerja IT ini buatlah kerja lain sementara menunggu network dibaikpulih. Apa yang dibuat ialah membayar loan kereta di EON Bank di Taman Midah. Kemudian membayar bil Celcom di Leisure Mall, Taman Segar. Seterusnya mengambil Road Tax yang dah siap di Am Bank, Jalan Yap Kwan Seng.

Disebabkan dah masuk tengah hari maka perut pun dah lapar, maka makan tengah hari sekali di kedai mamak depan Menara Am Bank tadi. Oleh kerana ada buku yang hendak dibeli maka, pekerja IT ini pun pusing keliling di sekitar KLCC untuk mencari parking dan terus ke Suria KLCC dan meluru terus ke Kinokuniya.

Sambil belek-belek buku-buku yang berkaitan (IT ler) maka sebuah buku bertajuk “C How To Program” dibeli. Setelah semua matlamat tercapai maka masa untuk balik semula ke pejabat. Tetapi malangnya ketika keluar dari bangunan KLCC, hujan sudah mula turun. Maka terpaksalah berpatah balik semula ke dalam Suria KLCC.

Apa yang hendak dibuat? Maka pekerja IT tersebut pergi ke tingkat 3 untuk membeli tiket wayang di TGV. Cerita yang hendak dilihat ialah “Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1”. Tepat jam 2pm, panggung 10 telah dibuka untuk tetamu masuk. Maka pekerja IT ini pun menonton dengan seronoknya kerana tidak mahu memikirkan hujan di luar. Seronok cerita Harry Potter ni..

Pada jam 4.30pm cerita Harry Potter pun tamat dan hujan di luar pun sudah berhenti. Maka tiba untuk balik semula ke pejabat melaksanakan kerja yang tertangguh. Jam 5pm maka sampailah pekerja IT ini di pejabat dan menyambung semula kerjanya setelah network telah pulih seperti sediakala.

Pada jam 5.30pm, Boss kepada pekerja IT ini mengajak minum petang bersama di cafe. Sambil menyelam minum air, maka perkerja IT ini diberi ‘Tazkirah Percuma’. Maka panjang lebarlah penerangan dan ceramah yang diberikan sambil menghirup Nescafe Ais. Insaf sedikit setelah diberi Tazkirah secara rela dalam terpaksa.

Teguran yang dibuat secara baik disambut secara baik tanpa sebarang sebab dan alasan untuk membela diri. Ini kerana pekerja IT ini tahu dan sedar apa maksud tersurat dan tersirat di dalam ‘Tazkirah Percuma’ tadi. Huhuhu..

2 Comments (+add yours?)

  1. Saiful
    Nov 29, 2010 @ 18:26:03

    Immediate Boss or Intermediate Boss or Big Boss?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: