Adikku Hafizal Selamat Nikah

Tanggal 14 November 2010, pada titik ini maka selamatlah sudah majlis nikah yang berlangsung di tempat pengantin perempuan. Adikku Mohd Hafizal dan isteri barunya Aisyah telah selamat menjadi pasangan suami isteri dengan 3 lafaz akad nikah. Ehh!, betul ker 3 kali lafaz.

Senario sebenar hanya diketahui oleh orang yang menghadiri majlis pernikahan ini. Saya pula tidak dapat hadir kerana ada kelas yang perlu dihadiri. Saya cuma dapat datang pada waktu majlis bersanding pada 20hb akan datang. Ceritanya kedengaran agak lucu, mungkin kerana perbezaan cara dan adat tempatan.

3 kali lafaz berlaku ketika kadi yang menikahkannya tidak setuju dengan jawapan nikah adikku iaitu “Aku terima nikah, Aisyah bt …”. Apa yang kadi itu mahukan ialah “Aku terima nikahnya, Aisyah bt …”. Kali kedua pula adikku gagap kerana gabra lafaz pertama yang salah. Disebabkan kurang lancar, kadi tidak terima lafaza kedua. Selepas adikku ditenangkan, barulah dia dapat melafazkan akad nikah dengan lancar.

Apa pun tahniah, kerana itulah pengalaman berhargamu. Hehehe…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: