Umair Bertukar Pengasuh

Kasihan Umair terpaksa bertukar tempat dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Atas sebab-sebab tertentu saya dan isteri bersepakat untuk menukar pusat jagaan yang sedia ada ke tempat yang lebih baik jagaannya. Ini kerana telah banyak kali pengasuh sebelum ini ‘kantoi’ dengan isteri saya.

Banyak hal dah berlaku, isteri saya sering kali juga membuat spot-check ke rumah pengasuh tersebut untuk melihat keadaan Umair kerana pusat jagaan tersebut dekat dengan tempat kerjanya. Sering kali Umair dalam keadaan yang masam seperti tidak mandi dan apabila diambil pulang Umair akan minum susu dengan lahap bagaikan bayi yang sangat lapar. Perkara seperti ini memang merunsingkan saya dan isteri, hendak tukar pusat jagaan bukannya senang. Ini kerana tidak banyak pusat jagaan yang menerima bayi dan hanya menerima kanak-kanak sahaja.

Kadang-kadang badan Umair kemerah-merahan seperti digigit semut atau serangga lain. Apabila isteri saya memeriksa memang ada semut seperti yang dilihat walaupun dinafikan oleh pengasuh tersebut. Banyak lagi hal-hal lain yang memang tidak senang kami fikirkan, tetapi tidak banyak pilihan yang boleh dibuat pada waktu itu. Patutlah apabila Umair dihantar ke tempat pengasuh dia asyik masam muka dan kadang-kadang menangis apabila diserahkan kepada pengasuh tersebut.

Kini kami telah menukarkan Umair ke tempat Taska yang lebih baik jagaannya dan ramai penjaga. Lebih dekat dengan rumah kami, lebih mudah untuk kami menghantarnya. Tetapi tidak dapatlah isteri saya buat spot-check seperti dahulu. Walaubagaimanapun, terdapat perubahan dimana apabila Umair dibawa pulang terasa bau badan Umair agak wangi seperti selepas mandi, tidak seperti pengasuh sebelum ini yang mana Umair dalam keadaan berbau masam.

Alhamdulillah, nasib baik sepanjang berada di pengasuh lama tiada kejadiaan yang tidak diingini berlaku seperti kes-kes tersedak susu dan sebagainya. Cuma semasa di tempat baru, Umair lebih banyak menyendiri mungkin kerana belum biasa di tempat yang baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: