Handphone Baru

Handphone baru ini bukanlah kepunyaan saya, tetapi adalah kepunyaan isteri saya. Sepanjang saya beli handphone, belum pernah lagi saya ada pengalaman seperti ini. Dari pagi sehingga ke petang, saya dan isteri berserta Umair menjalankan ekspedisi menjejak handphone.

Disebabkan handphone isteri saya yang lama iaitu Nokia N90 telah pun uzur, maka isteri saya berhasrat hendak menggantikan dengan yang baru. Ini kerana nak tekan keypad pun nombor asyik tak keluar. Macam mana nak buat call.

So, dipendekkan cerita isteri saya memang berminat dengan handphone Blackberry Bold 9700 tetapi color Putih. So, saya namakan Whiteberry. Alasannya cukup mudah,  kerana color putih cantik. Setelah di periksa di antara kedai Maxis, Celcom dan DiGi maka DiGi menawarkan pelan yang cukup menarik. Akan tetapi rupa-rupanya plan tersebut memerlukan komitmen bayaran yang cukup tinggi iaitu kira-kira dekat RM300 sebulan termasuk Whiteberry itu sendiri. Setelah difikir semula, terasa agak berat la pulak pakai telefon sehingga RM300. Terpaksa la batalkan niat untuk membeli Whiteberry.

Kemudian kami ke kedai LG dan isteri saya tertarik dengan handphone LG Lollipop yang berwarna Pink. Design yang fancy dan color pink yang menarik menjadi penyebabnya. Setelah berkenan dan membelek-belek Lollipop ni, isteri saya pun membuat keputusan untuk membelinya. Malangnya, model Lollipop color pink telah pun habis hanya tinggal color Biru dan Kelabu. Disebabkan minat dengan Lollipop, kami pusing di stall-stall handphone bertanyakan model Lollipop. Rupa-rupanya semua stall-stall handphone di Mines mendapatkan stok di kedai LG tadi. So, no point la kami cari Lollipop tu.

Maka kami pergi la ke kedai Samsung, di situ isteri bertanya semua model handphone yang ada color pink. Satu persatu handphone color pink dikeluarkan untuk dipilih. Tetapi tidak ada yang menarik perhatian. Dalam banyak-banyak handphone ada satu model yang menarik perhatianku iaitu Samsung Extreme B2100. Aku begitu teruja untuk memilikinya, kerana ianya rugged, water proof, shock proof, dust proof, siap ada LED torch light. Harganya cukup murah iaitu RM499. Malangnya bagi aku, kerana sudah tidak ada stok. Lagipun Samsung sudah tidak mengeluarkan model itu lagi. Kalau dah takder stok, tak payah la display ‘Dummy Set’ tu.

Kemudian last sekali kami pergi ke kedai Nokia. Di antara model Nokia yang mempunyai color pink ialah Nokia C3. Akan tetapi seperti biasa, yang ada hanya tinggal color putih sahaja. Kemudian isteri saya ternampak model E63 yang berwarna merah maroon. Tetapi atas saranan salesman tersebut, adalah lebih baik ambil model Nokia E5 kerana mempunyai spesifikasi sama seperti E72 dan harganya cuma mahal seratus lebih berbanding dengan E63. Sedangkan E63 adalah model lama jika dibandingkan dengan E5. The only option ialah White Color.

Ingatkan nak beli handphone selain Nokia, rupa-rupanya beli Nokia semula. Fungsinya memang mantop, hampir semua ada. 3G, A-GPS, WiFi, QWERTY keypad dan Aplikasi Facebook terbina dalam (built in). Aku juga yang masih pakai handphone lama, pinjam pula tu. Huhuhu…

2 Comments (+add yours?)

  1. Mohd Hafizal
    Nov 03, 2010 @ 13:15:28

    kenapa la x ambik iPhone 4 jer…? kn lagi best… hehehe…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: