Seminggu Yang Membosankan

Lebih kurang seminggu saya tidak update blog ini atas beberapa sebab yang susah hendak dijelaskan satu persatu. Bak kata pepatah “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga”. Banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi walaupun hanya seminggu. Apabila difikirkan satu persatu yang menimpa seperti tiada kesudahannya. Jadi kenalah renung semula dan tenangkan fikiran yang sedang kusut sekusut kusutnya.

Bermula dengan bayaran bil yang menimbun-nimbun. Setiap satu kena settle, nak taknak kena juga bayar. Bil elektrik macam biasa RM67, standard la tu sebab kat rumah pakai air-cond. Bil Indah Water (IWK) entah kenapa bil yang keluar 6 bulan sekali boleh sampai bulan ni RM192. Bil telefon Celcom RM100, selalunya bil Celcom aku nak jejak RM30 pun susah. Ini semua gara-gara tertekan GPRS selama setengah jam. Bil Streamyx RM247, disebabkan dahulu aku pernah menjadi pelanggan Streamyx maka ada bil tertunggak semasa saya buat pemotongan. Dah tak tahan asyik kena call suruh bayar, 3 hari sekali mesti telefon suruh bayar. Bil Cukai Taksiran MPKj, RM87 wajib bayar. Sebab ini berkaitan dengan rumah aku jugak.

Dalam senyap tanpa diduga, ada orang yang tidak puas hati dan gemar cara kita bekerja. Entah apa yang tak kena, tiba-tiba ‘dia’ melenting. Habis semua benda dan perkara yang dia tak suka keluar. Bagaikan besar sangat salah aku padanya. Siap ungkit macam-macam perkara yang berkaitan dan tak berkaitan. Macam ini punya orang pun ada ka. Tapi bagus juga, sebab aku dah tau perangai sebenar ‘Manusia’ ni. Senyap ingatkan baik, rupanya macam ni.

Disebabkan Data Centre di tempat aku bekerja ada membuat penambahan server iaitu Blade Server. Maka ada la server-server lama yang akan di’migrate’kan ke Blade Server yang baru. Since aku adalah person-in-charge untuk Server Antivirus maka aku terlibat secara tak langsung dalam proses ini. Kebiasaannya aku cuma remote sahaja server dari PC dan tidak pernah menggunakan KVM. Oleh kerana KVM adalah benda yang asing pada aku, maka aku terpaksa meminta bantuan daripada orang yang pernah menggunakan KVM ini. Bermacam-macam alasan la yang diberi untuk tidak membantu aku. Antara alasannya ialah KVM rosaklah, kena bypass KVM baru boleh access server. Tapi setelah dipaksa barulah ‘dia’ akur dan cuba juga. Boleh pulak pakai KVM tu. Lepas settle satu datang lagi satu hal. Orang yang in-charge server Thin Client pulak asyik menghilang. Temujanji antara vendor dah la susah, orang di tempat aku jugak yang banyak buat hal.

Lepas tu ada pulak orang lain siap halau aku lagi, disebabkan aku adalah punca ‘dia’ kantoi kerana bermain PC Game ketika waktu pejabat. Aku rasa boss dia pun dah tahu yang dia asyik main PC Game. Cuma mungkin kali ini mood boss dia kurang bagus.

Apa dah jadi dalam minggu ni sememangnya sesuatu yang aku rasa sangat-sangat tidak seronok. Mood kerja aku hilang, semua kerja yang aku buat bagaikan terpaksa. Langsung tidak ada rasa ikhlas untuk bekerja. Ditambah pula kamera kesayangan aku yang rosak tanpa sebab. Entah berapa pula kos nak baiki semula. Duit lagi tu.

Disaat aku dilanda masalah, nasib baiklah ada buah hati kesayangan papa. Umair sentiasa tersenyum ceria dan manja dengan ku apabila aku pulang ke rumah. Hilang sedikit stress apabila melihat gelagat Umair yang aktif dan manja. Segala masalah pejabat aku tolak jauh-jauh, walaupun aku tahu esoknya aku akan menghadapinya lagi. Apa yang penting, apabila sampai di rumah aku cuma hendak memberi tumpuan pada Umair. Apa la gunanya aku bermuram durja akan hal pejabat, kerana ini akan memberi impak negatif kepada isteri dan anakku Umair. So, aku kena ceria-ceria selalu.

1 Comment (+add yours?)

  1. Mohd Hafizal
    Nov 03, 2010 @ 13:09:14

    jgn lupa solat… doa agar kesukaran yang dihadapi digantikan dengan kesenangan… amin…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: