My Wife Convocation

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat isteriku kerana pada hari ini dia telah dianugerahkan Master. Konvokesyen isteriku berlangsung pada waktu pagi dan berakhir pada waktu tengah hari.

Saya, Umair, ibu mertua, bapa mertua, Nono, Ihsan, Supi dan Afiq adalah antara keluarga yang hadir ke majlis ini. Seorang lagi adik ipar saya iaitu Mahizam tidak dapat hadir kerana berkursus di Langkawi.

Suasana di luar dewan agak lengang seperti tidak ada majlis besar. Mungkin sesi konvo dibuat beberapa sesi supaya tidak sesak seperti sebelumnya. Walaupun persiapan nampak seperti telah dibuat dengan rapi, masih ada ralat yang tidak sepatutnya berlaku.

Apa yang berlaku ialah sistem suara yang bermasalah dimana tetamu di luar dewan langsung tidak dengar apa yang diucapkan oleh Canselor dan juga speaker yang berucap. Tetamu di luar hanya dapat melihat video yang agak kabur kerana ditayangkan melalui projektor.

Selesai sahaja majlis konvokesyen kami bergambar di dalam studio yang terletak di belakang dewan. Setelah sesi bergambar selesai, saya dan isteri, Nono dan Afiq, dan juga Ihsan pergi ke The Mines untuk makan tengah hari. Manakala yang lain terus balik ke rumah.

Pada malamnya, kami keluar makan malam di luar untuk menyambut sempena isteriku mendapat Sarjana. Restoran Black Canyon menjadi pilihan seisi keluarga. Disebabkan hari ini adalah Special Day, saya buat keputusan untuk belanja makan malam ini. Lagipun bukan selalu, khas buat isteri tersayang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: