Foot Detox

1st time cuba menggunakan Foot Detox Patch pada kaki, memang terasa perbezaannya selepas memakai semalaman. Pada mulanya isteri saya yang membelinya, setelah diteliti ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan juga wanita menyusu badan. So, automatically saya sahaja yang dapat pakai dan mencuba keberkesanannya.

Secara kebetulan, kaki saya memang terasa macam tidak bermaya, lenguh-lenguh di seluruh kaki. Bermula dari lutut sehingga ke bawah. Sebelum tidur saya memakai foot detox pada kedua-dua belah tapak kaki. Memang pada mulanya agak kurang selesa semasa hendak tidur kerana ianya melekat pada tapak kaki. Cuba bayangkan ada plaster atau selotap dilekatkan pada tapak kaki, mesti rasa tidak selesa. Tetapi saya abaikan saja rasa tidak selesa dan cuba tidur.

Keesokan paginya, saya membuka Foot Detox yang dipakai memang ada perubahan ketara. Foot Detox patch tersebut bertukar menjadi coklat manakala kaki saya terasa lebih bermaya dari hari-hari biasa. Ianya memang berkesan mengurangkan lenguh-lenguh di seluruh kaki. Sama ada ianya betul-betul mengeluarkan toxic di dalam badan atau tidak, saya kurang pasti. Tapi apa yang pasti kaki saya terasa lebih sihat dan bertenaga.

Terdapat banyak jenis Foot Detox Patch di pasaran, ada buatan Jepun, China dan lain-lain. Brand yang saya pakai ialah ****. Sekali sekala memakainya ok la, tetapi agak mahal juga jika dijadikan amalan setiap hari. Ini kerana sekeping sahaja harganya lebih kurang RM5 dan bergantung pada brand. Ada yang mahal dan ada yang murah. Saya berani mencuba Foot Detox Patch kerana ianya digunakan pada luaran dan bukan perlu dimakan seperti pil mahupun tablet.

1 Comment (+add yours?)

  1. Saiful
    Oct 08, 2010 @ 16:43:49

    Saya pun pakai. Bila pakai terasa lena tidur berbanding sebelum ni… Kat Klinik Oftal ada sorang PK yang jual. Saya ambil dari dia. Tapi ni tak dak brand lah dan cukup berkesan. untuk sebulan dalam RM66 sahaja. Ikut jenis detox jugak lah. Ada yang mahal lagi…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: