iPhone 4 in Malaysia

Entah mengapa tiba-tiba ramai orang sibuk memperkatakan tentang iPhone 4. Terutamanya officemate saya yang memang gila gadget ni. Dia ni dah ada iPhone 3Gs, tapi nak juga dapatkan iPhone 4. Memang betul kalau orang berduit dan tak tau nak buat apa, gadget setakat iPhone 4 tiada masalah untuk dimiliki.

So, terfikir juga untuk memiliki satu memandang handphone yang ada sudah pun uzur rupanya. Ditambah pula saya ni orang IT, takkan pakai handphone cokia (Nokia) jer. Tapi nasib baiklah belanjawan aku tidak mengizinkan, kalau tidak memang dah sambar satu. Akan tetapi di Malaysia cuma ada 2 sahaja pengedar sah iaitu Digi dan Maxis. Dimana setiap satu mempunyai pakej dan plan yang menarik di antara duanya.

So, seperti biasa aku masuk ler google dan taipkan ‘iPhone 4’ dan buat searching. Ada satu artikel yang menarik untuk saya kongsikan bersama. Perang harga diantara DiGi dan Maxis berlarutan dan kelihatan seperti DiGi dapat menarik ramai pengguna dari telco lain seperti Maxis dan Celcom. Maka ramailah pengguna yang bertukar a.k.a MNP ke DiGi.

 

Jika dilihat gambar di atas, plan yang diberikan oleh DiGi lebih menarik berbanding Maxis. Dimana plan iDiGi 88 hanya serendah RM63 berbanding iValue 100 RM100. Apabila kita membuat bayaran Auto Billing atau namanya lainnya Auto Debit, kita akan diberikan lagi diskaun RM5 maka jadilah bayaran bulanan sebanyak RM58. Dengan iDiGi 8, 200 SMS dan 20 MMS adalah percuma kepada semua local network manakala iValue 100 pula hanya terhad kepada Maxis-to-Maxis.

Pengguna internet bagi kedua-dua plan pula ialah 1Gb, sekiranya pengguna menggunakan internet exceed daripada jumlah yang ada, bagi pengguna iValue 100 akan dikenakan cas tambahan iaitu 0.5 sen/kb manakala bagi pengguna iDiGi pula tiada sebarang cas tambahan. Walau bagaimanapun, kelajuan internet akan berkurangan sehingga masuk bulan seterusnya tanpa sebarang cas.

Voice call yang ditawarkan oleh iValue 100 adalah sebanyak 333 minit manakala iDiGi 88 pula ialah 200 minit. Perbandingan di antara iDiGi 88 dan iValue 100 ialah sebanyak 133 minit. Bunyinya macam banyak perbezaan, akan tetapi sekiranya dibuat perbadingan (133 x 0.15 = RM19.95), so maknanya (RM58 + RM19.95 = RM78.95) iDiGi 88 still lebih murah jikan dibanding dengan iValue 100. Maka DiGi jugalah yang menawarkan plan yang lebih murah dari pelbagai segi.

Perbadingan di atas hanyalah untuk plan kontrak selama 24 bulan ini kerana iDiGi tidak menawarkan plan kontrak selama 12 bulan. Sekiranya anda tidak mahu terikat begitu lama, maka boleh la mengambil plan Maxis selama 1 tahun sahaja. Tetapi setiap bulan RM100. Manakala DiGi pula sebanyak RM58 selama 2 tahun, selepas 2 tahun masuk sahaja bulan ke 25, pengguna akan dikenakan bayaran bulanan sebanyak RM88 yang mana still lebih murah berbanding dengan Maxis.

Kalau dilihat dari segi coverage 3G, Maxis lebih meluas jika dibanding dengan DiGi. Ini kerana DiGi mendapat lesen 3G lewat berbanding dengan Maxis dan Celcom. So, kepada sesiapa yang kerap berjalan jauh dan merata tempat, mungkin agak terbatas kepada pengguna DiGi manakala Maxis pula mempunyai kelebihan dari segi liputan. Mungkin dimasa akan datang DiGi akan meluaskan lagi liputan 3G ke seluruh tempat di Malaysia. Sebagai pengguna buatlah pilihan yang bijak.

 

Credit to SoyaCincau and LowYat

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: