Last Minute Shopping Baju Raya

Tahun ini saya sekeluarga akan memakai baju raya warna hijau. Disebabkan kesibukan masa, saya tiada masa untuk membeli baju raya apatah lagi menempah baju raya. Dipendekkan cerita, saya bercadang hendak beli baju raya di Jalan Masjid India atau Jalan Tungku Abdul Rahman. Malangnya, cuaca pula tidak mengizinkan. Asyik hujan sahaja di petang hari.

Masa terus berlalu sehinggalah saya dah pun sampai di Labuan. Baju raya belum juga dibeli, isteri dah mula bising. Nak tak nak, kena la beli satu. Maka tempat yang dituju ialah Milimewah (orang Labuan tahu la). Di situ saya membeli sepasang baju raya warna hijau yang dirasakan sedondon dengan baju raya anakku Umair. Selepas mencuba baju raya tersebut dan sesuai, saya terus membayar di kaunter tanpa banyak soal.

Agak murah juga, kualiti juga boleh tahan. Siap ada 10% diskaun lagi untuk raya punya pasal. Kalau ikutkan hati, saya pakai jer baju raya adik saya yang dah lama dia tak pakai. Tapi nak matching punya pasal, saya beli juga la. Supaya nampak sama dan sedondon. Esok dah nak raya, tapi mata masih tak mahu lelap. Macam mana la solat Aidilfitri nanti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: