Umair 1st Flight on MAS

Tinggal 2 hari saja lagi untuk seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini saya sekeluarga akan menyambut Raya di Labuan (my place lah). So, nak balik Labuan kena la naik kapal terbang. Inilah penerbangan anakku Umair yang sulong.

Penerbangan saya sekeluarga ke Labuan tertunda kerana kelewatan kapal terbang dari Kota Kinabalu. Kami sepatutnya terbang pada jam 6.45pm terpaksa berlepas pada jam 7.25pm. Alamatnya kami terpaksa berbuka semasa kapal terbang hendak berlepas. Sepanjang perjalanan, Umair begitu aktif suka melihat ke sana kemari, apa saja barang yang tercapai olehnya hendak dipegang.

Semasa makanan hendak dihidang, nasib baiklah Umair terlelap dan tidur. Kalau tidak susah la mamanya hendak makan. Makanan yang saya pesan ialah Daging Rendang manakala isteri saya pula memesan Kari Ayam. Disebabkan lapar, kami makan begitu pantas dan licin. Air minuman kami pesan bergelas-gelas. Jus oren, jambu dan karbonat pepsi menjadi sasaran kami.

Sepanjang perjalanan kerap kali kapten kapal terbang memberi info semasa dan juga peringatan kerana cuaca pada ketika itu kurang baik. Pada jam 9.55pm kami selamat sampai ke lapangan terbang Labuan. Kami dijemput oleh adik saya Hadri dan Faiz semasa ketibaan. Buat pertama kalinya anakku Umair balik ke kampungnya di Labuan.

Sesampai di rumah Umair tercengang-cengang kerana tidak kenal dengan keluarga barunya di Labuan. Tiada reaksi gembira dipaparkan, mungkin masih belum biasa di tempat yang baru. Tetapi apabila mama dan papa yang mendukungnya, Umair bukan main gembira lagi. Apa-apa jer lah Umair ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: