Radio Malaysia KLfm Buat Lawak Sahur

Adalah sunat apabila kita mengerjakan sahur apabila hendak menghampiri Subuh. Seperti biasa saya sekeluarga sedang menjamah makanan untuk menunaikan sahur sambil mendengar radio KLfm. Tatkala jam di rumah menunjukkan 5.45am, kami dikejutkan dengan azan yang berkumandang di radio KLfm.

Saya sekeluarga yang sedang makan agak terkejut kerana Subuh masuk begitu awal hari ini. Sedangkan makanan begitu sedikit yang dapat dijamah, begitu banyak makanan di atas pinggan terasa seperti sayang untuk dibuang. Air pun tak sempat untuk diminum, terasa kering sekali, kerana lauk kali ini adalah daging masak kicap berempah.

Tatkala kami masih kehairanan dengan perubahan yang begitu mendadak, azan Subuh di radio KLfm dihentikan separuh jalan. DJ yang bertugas pada pagi ini memohon maaf kerana kesilapan yang telah berlaku. Selepas mendengar pengumuman dari DJ KLfm kami sekeluarga tidak sambung makan, tetapi hanya minum air sahaja.

Saya rasa bukan saya sekeluarga sahaja yang merungut, bahkan mungkin ramai lagi penduduk KL dan Selangor yang ‘tertipu’ dengan kesilapan yang berlaku. Itu pun kalau mereka mendengar radio KLfm la ketika sahur tadi. Selepas masuk waktu Subuh yang sebenar, barulah azan berkumandang sekali lagi. Inilah lawak sahur yang KLfm buat pada hari ini. Hahaha, lawaknya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: